PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Tuesday, January 29, 2013

100 HARI


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sungguh lama aku tak update blog aku nie....

Bersawang dah blog nie selama aku x meng"update"

Dalam tak sedar tempoh 100 hari telah berlalu. Tanggal 26 January 2013 merupakan hari ke-100 aku mengambil ubat HAART.

Alhamdulillah, dalam tempoh 100 hari ini tiada masalah besar kesan pengambilan ubat HAART ini.

Alhamdulillah, dalam tempoh ini juga, aku tidak pernah gagal untuk menelan ubat HAART ini walaupun ada 2 3 kali aku terbabas waktu pengambilannya gara-gara aku terlelap. Namun apabila tersedar sahaja dari tidur aku segera mengambil ubat ini.

Pada tanggal 21 January 2013 yang lalu, aku telah berjumpa doktor di Hospital Sg. Buloh. Tiada masalah berkaitan buah pinggang tetapi sedikit keradangan pada hati. Namun doktor tetap meneruskan untuk aku mengambil ubat ini.

Alhamdulillah. Jika diizinkan olehNya, aku tak mahu menukar regime ubat aku. Harap ujian darah yang aku buat pada hari tersebut tidak menunjukkan gejala radang hati yang serius.

Doktor menyarankan aku membuat ujian "Ultrasound-Liver" dan temujanji yang aku perolehi adalah pada 24 June 2013 bersamaan ujian darah kerana sebelum kedua-dua ujian ini aku perlu berpuasa.

Oh ya, pada 26 January 2013 yang lalu juga telah berlangsung Mesyuarat Agung Pertubuhan Positive Warrior Malaysia (PPWM) kali Pertama yang berlangsung di Dewan Hadhari Pusat Islam Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya.

Rasa-rasa ini saja yang aku nak coretkan dalam blog ni. InsyaAllah akan datang aku cuba "update" blog dengan info-info yang berkaitan dengan HIV.

Doakan agar aku diberikan kesihatan dan kesempatan untuk berblog lagi dan juga ubat yang aku makan tidak meninggalkan kesan sampingan terhadap organ dalaman aku.

Jumpa lagi di"entri" yang akan datang.

Assalamualaikum.