PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Tuesday, January 29, 2013

100 HARI


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sungguh lama aku tak update blog aku nie....

Bersawang dah blog nie selama aku x meng"update"

Dalam tak sedar tempoh 100 hari telah berlalu. Tanggal 26 January 2013 merupakan hari ke-100 aku mengambil ubat HAART.

Alhamdulillah, dalam tempoh 100 hari ini tiada masalah besar kesan pengambilan ubat HAART ini.

Alhamdulillah, dalam tempoh ini juga, aku tidak pernah gagal untuk menelan ubat HAART ini walaupun ada 2 3 kali aku terbabas waktu pengambilannya gara-gara aku terlelap. Namun apabila tersedar sahaja dari tidur aku segera mengambil ubat ini.

Pada tanggal 21 January 2013 yang lalu, aku telah berjumpa doktor di Hospital Sg. Buloh. Tiada masalah berkaitan buah pinggang tetapi sedikit keradangan pada hati. Namun doktor tetap meneruskan untuk aku mengambil ubat ini.

Alhamdulillah. Jika diizinkan olehNya, aku tak mahu menukar regime ubat aku. Harap ujian darah yang aku buat pada hari tersebut tidak menunjukkan gejala radang hati yang serius.

Doktor menyarankan aku membuat ujian "Ultrasound-Liver" dan temujanji yang aku perolehi adalah pada 24 June 2013 bersamaan ujian darah kerana sebelum kedua-dua ujian ini aku perlu berpuasa.

Oh ya, pada 26 January 2013 yang lalu juga telah berlangsung Mesyuarat Agung Pertubuhan Positive Warrior Malaysia (PPWM) kali Pertama yang berlangsung di Dewan Hadhari Pusat Islam Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya.

Rasa-rasa ini saja yang aku nak coretkan dalam blog ni. InsyaAllah akan datang aku cuba "update" blog dengan info-info yang berkaitan dengan HIV.

Doakan agar aku diberikan kesihatan dan kesempatan untuk berblog lagi dan juga ubat yang aku makan tidak meninggalkan kesan sampingan terhadap organ dalaman aku.

Jumpa lagi di"entri" yang akan datang.

Assalamualaikum.

12 comments:

  1. Alhamdulilah :) moga semuanya baik-baik saja dan moga berjaya semua ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      InsyaAllah dengan izinNya semuanya akan baik-baik dan berjaya.
      kepada akak juga semoga baik-baik dan berjaya dunia akhirat.

      Delete
  2. insyaAllah sahabat, kami semua setia menanti entry utk hari yg ke1000 dan seterusnya jgn putus asa dan ingat Allah sentiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.
      terima kasih sahabat kerana memberi dorongan dan sokongan kepada saya.

      Delete
  3. Insya allah semuanya okay. Saya doakan semoga Allah swt melindungi hati dan buah pinggang saudara daripada kesan ubat yang saudara makan. Kalau boleh saudara cuba amalkan minum jus buah2han yang dibuat sendiri yer. Boleh beli juicer yang banyak dijual kat kedai alatan elektrik. Hati kita perlukan benda2 yang ceria..misalnya saudara boleh amalkan minum jus buah apple + carrot + celery kemudian boleh ditukar pula esok paginya dengan orange + carrot + celery. Kalau nak campurkan dengan buat belimbing pun okay. Minum waktu pagi sebelum sarapan. Jus buah2han yang saya nyatakan tadi sangat bagus untuk hati. Selain itu, saudara boleh amalkan minum madu lebah tualang (asli) + pati delima. Minum setiap pagi selepas minum jus buah2han tadi. Madu lebah sangat bagus untuk kesihatan. Banyak makan buah2han, sayuran, ikan salmon dan ikan2 lain dan bersenam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sahabat kerana memberi petua kepada saya
      InsyaAllah saya akan amalkan petua2 yang sahabat nyatakan di atas.

      Delete
  4. satu lagi lupa nak cakap..kalau boleh amalkan makan buah kurma/dates. Ia sangat bagus untuk kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saya akan amalkan petua2 sahabat
      terima kasih

      Delete
  5. LOrr.. siapa ni sebenarnya ya. Kena perkenalkan diri bila jumpa. adakah ini AH? hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi
      urhmmmm.....
      ya saya saya AH.
      dah berjumpa tp dr medium lain bkn sbg blogger; fbian jer
      ahaks

      Delete
  6. Salam nak tye?? Sye dpt tau, coconut virgin oil bioVCO dpt mengubati pelbagai penyakit..antaranya dpt melambat penyeberan virus HIV, krn ia dpt meningkatkn kekuatan antibody bdn..betul kew? pensyarah sy seorg doktor pun ckp cm2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous21 March 2013 19:15

      VCO mungkin mmg boleh meningkatkan kekuatan antibody bdn tetapi x boleh menghapuskan HIV

      Delete