Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana memberi ruang kepada saya untuk menikmati kehidupan di muka bumi yang indah ini.
Seperti sedia maklum, bahawa saya sepatutnya memulakan rawatan HAART saya pada 4 Oktober yang lalu setelah bacaan CD4 saya yang terbaru mengalami kejatuhan daripada 419 kepada 292 pada pertemuan bersama doktor pada 19.9.2012. Doktor yang merawat saya telah menyarankan saya mengambil HAART dan saya telah bersetuju untuk memulakan rawatan pada 4.10.2012.
Namun pada 4.10.12, temujanji saya di Hospital Sungai Buloh bersama Pharmacist telah membincangkan mengenai pengambilan HAART ini. Beliau menyarankan agar saya menjalani tempoh percubaan selama 2 minggu dahulu menggunakan pil Vitamin C dan B Kompleks dan mencari masa yang sesuai untuk menelan ubat HAART. Ini kerana menurut beliau, memakan ubat bukan lah semudah A B C kerana ubat HAART perlu diambil secara konsisten dan teratur. Ini memerlukan disiplin dalam diri saya.
Apa yang baik saya ikutkan sahaja kerana mereka lah pasukan pemantau kesihatan saya sekarang. Maka pengambilan HAART saya telah ditunda selama 2 minggu lagi iaitu pada 18.10.2012. Selama dua minggu ini juga saya mencari masa yg sesuai bagi saya menelan HAART nanti. Oleh kerana saya akan mengambil ubat Efavirenz (Stocrin) dan Tenvir-EM yang akan dimakan sekali sehari, maka saya mencari waktu makan yang sesuai antara pukul 11 malam ke 12 malam. Akhirnya saya memilih pukul 12 malam kerana bagi saya ia lebih praktikal kerana tidak terlalu awal dan lewat bagi saya.
Tempoh percubaan 2 minggu pun berakhir, maka saya tiba semula ke HSB untuk temujanji bersama kaunselor untuk memulakan HAART. Alhamdulillah, tiada masalah hari ini 18.10.2012 untuk tiba ke HSB. Jalan tidak terlalu sesak dan tempat letak kereta di HSB senang. Di klinik ID juga pagi ini tidak terlalu sesak seperti kebiasaannya apabila saya hadir untuk temujanji di sini.
Setelah beberapa ketika menunggu, giliran saya menemui kaunselor. Setelah berbincang mengenai waktu memakan ubat yang menjadi pilihan saya iaitu pukul 12 malam. Kaunselor bersetuju dengan waktu pilihan saya dan memberikan nasihat agar saya menjaga dan sentiasa mengambil ubat mengikut waktu yang saya pilih. Sesi penerangan semula ubat HAART yang akan saya ambil mengisi slot terakhir pagi ini bersama kaunselor. Beliau menerangkan kesan-kesan sampingan yang berkemungkinan terjadi dengan pengambilan ubat tersebut. InsyaAllah dengan izinNya kesan sampingan ini tidak terjadi ke atas diri saya.
Oleh kerana sebelum ini saya tidak pernah melakukan ujian viral load lagi, maka saya perlu melakukan ujian tersebut melalui pengambilan sample darah. Ini bagi mengetahui berapakan viral yang terdapat dalam darah saya untuk tujuan pemerhatian doktor nanti. Selesai pengambilan sample darah saya meminta surat rujukan yang menyatakan saya mengambil ubat Stocrin kerana ubat ini akan memberikan bacaan false positive dalam ujian urine test.
Setelah selesai saya pergi ke Farmasi Pesakit Luar untuk menuntut ubat HAART saya. Setelah beberapa ketika menunggu maka saya dipertemukan buat pertama kali dengan ubat saya iaitu Efavirenz (Stocrin) dan Tenvir-EM. Saya di bekalkan dengan ubat sebanyak 34 biji cukup sehingga temujanji saya yang akan datang iaitu pada 21.11.2012. Selesai menuntun ubat saya pun segera meninggalkan hospital untuk pulang kerumah. Maka malam ini, tepat pukul 12 malam 19.10.2012 akan bermulalah episod dan sejarah hidup saya yang baru.
Alhamdulillah, harap awak dapat menelan tepat pada waktu yang dipilih itu... dan mudah2an kesan ubatan tidak terlalu kuat dan awak dpt atasinya kesan itu dg baik...
ReplyDeletePaling penting jangan lupa menelan pada waktu nya ya.... selamat....ini satu lagi fasa baru dlm hidup awak yang perlu awak tempuhi, seperti ramai diluar sana.
Take care :)
Saya makan antibiotik pun lupa..walhal kena makan 3 hari ja untuk cabut gigi.. hurmm..
DeleteSemoga berjaya bro..
Alhamdulillah
Deletedapat menelan ubat pada waktu nya setakat ini
InsyaAllah akan terus menelan nya pada waktu yang saya pilih
Alhamdulillah setelah 5 hari tiada side effect yg teruk
harap kekal selamanya, InsyaAllah
Terima kasih uncle Naj Mi
Akak AO
DeleteIni sahaja ubat yang ada ketika ini yang perlu saya telan maka nak x nak saya kene telan nya
Alarm telah saya setkan untuk memberi peringatan kepada saya.
teman saya telah beritahu agar mengingatkan saya waktu makan ubat
dengan bantuan dan sokongan semua, InsyaAllah segalanya dipermudahkan
teruskan berjuang..sesambil tu boleh cuba ambil supplement seperti pati delima, madu tualang etc utk meningkatkan antibodi semulajadi :)
ReplyDeletehagemarusan
Hagemarusan
DeleteI miss u
lama x muncul
hehehe
yup perjuangan perlu diteruskan
InsyaAllah supplement akan ditelan juga
terima kasih memberi dorongan
Banyak2 bersolat hajat dan bermunajat memohon pertolongan daripada Allah yer. Ubat yang dimakan hanya usaha sahaja sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Kena yakin dengan Allah sungguh2. Setiap penyakit ada ubatnya.
ReplyDeleteAnonymous
Deleteterima kasih atas peringatan
Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa
kita hambanya berusaha dan bertawakal kepadaNya
Jangan lupa solat dhuha setiap hari, sedekahkan al-fatihah kepada Rasullulah SAW dan kedua ibubapa setiap hari (sama ada ibubapa masih ada atau tiada)..insya allah, Allah akan berikan kesihatan yang baik kepada saudara..saya doakan kepada Allah semoga saudara diberikan kesihatan yang baik oleh Allah dan diberikan semangat yang kuat untuk menghadapi ujian ini.
DeleteSalam Am,
ReplyDeleteHow are you? Hopefully everything alright. Take good care of yourself ya.
Salam Anonymous
DeleteI'm fine.
Thanks support n remind me
Baru aku jumpa 1st entry ko hehehehee…..sbb aku xleh nak tido tergaru2 gatal parut yg tinggal disbbkan penangan alergic ubat.aku disahkan positif pada 4 April 2013 baru ja disepital swasta kat pj pada asalnya suspek sakit lain seblom tu gastriklah sbb aku xleh nak makan seblom aku masuk sepital nak menelan makanan dan minuman perit giler weiiii…..dgn cirit biritnya adoyai.actually aku dah berbulan2 xder selera makan silap ja makan sakit perut xsalah aku sejak Sept 2012 dan pada bln tu jugak aku baru start keje setelah lama mc xcident kaki masuk besi krn ada sendi lutut aku patah.dari situ lah permulaan penurunan berat badan aku semakin menyusut aku igt disbbkan stress degil jugak xpergi sepital dah sufferberbulan2 baru nak gi(padan muka aku) heheheehe.Apabila disepital mula ujikaji dimulakan x-ray lah ultrasoundlah last wat scopy dari situ doktor nampak ader fungus berkampung so doktor suspeklah nurse bagi aku surat utk sign buat ujian Hiv dgn rela hati aku sign tanda setuju,pada hari yg aku tunggu2 selepas dinner doktor dtg dgn iringan nurse dan ditangannya ader sampul surat lalu dibukanya”lalu berkata adik you positive”dan2 ja peluh sejuk menyelubungi seluruh tubuh aku,aku pandang muka nurse aku nak nanges mcm tak tertangis so aku redha dgn keputusan itu.Kerana ini menjadi tanda tanya aku selama ini terjawab sudah dan tanggal 2 May 2013 yg lalu aku memulakan memakan ubat Haart doktor kat sg.buluh bgtau CD4 aku amat rendah tupasal aku mudah alergic ubat.kasih sayang yg aku dambakan pada seorang yg bernama lelaki akhirnya…ini yg aku terima.Aku terima dgn seadanya dgn keadaan aku skrg dgn pikiran yg terbuka untuk apa aku kesalkan yg telah berlalu life must go on walau perit nak lalui…ntahlah apa yg aku luahkan pepagi buta nieh….Your comment is awaiting moderation.
ReplyDeleteSaudara Amir Lias, selamat mengambil HAART
Deleteboleh hubungi saya di akupositif83@gmail.com
Selamat pagi....amat perit rasanya diri ini menerima keadaan diri...tak siapa yang tahu..cuma family sahaja...ku mencuba mengukir senyuman sebanyak yg mungkin...xtahu bila waktunya akan berakhir...
ReplyDeleteSemoga tabah menghadapi ujian ini
DeleteAssalamualaikum..saya disahkan positif hiv pada saringan pra perkahwinan bersama pasangan..namun, kami bernekad untuk meneruskan perkahwinan. hanya kami berdua mengetahui penyakit kami ini..saya disahkan hamil 5 minggu.. bacaan cd4 yang pertama 267 dengan viral load 70000.. saya disarankan memulakan rawatan haart.. doktor ada memberitahu kesan sampingan pengambilan ubat ini..malah saya juga harus menerima kenyataan sekiranya bayi itu dilahirkan cacat kesan dari pengambilan haart.. saya juga tidak dibenarkan bersalin secara normal..saya sudah berjumpa pharmacist dan diberi vitamin c sebagai latihan.. saya dan suami amat bimbangkan kesan sampingan haart kerana sebelum dijangkiti hiv pun saya memang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah dan mudah dijangkiti penyakit.. saya takut sekiranya saya mengambil haart, kesan2 sampingan itu akan berlaku lebih teruk ke atas diri saya..malah ada kemungkinan bayi dilahirkan cacat.. kami tidak sanggup untuk merisikokan bayi kami..doktor menasihatkan kami supaya berbincang untuk penyelesaian terbaik..sekarang, saya mengamalkan pengambilan herba dan ginseng untuk kesihatan bayi dan antibodi saya.. sampel darah sudah diambil tetapi keputusan belum keluar.. bagi saya, haart adalah jalan terakhir kerana bila sudah dimulakan, sepanjang hayat harus diteruskan pengambilannya.. Alhamdulillah..setelah mencuba herba dan ginseng, saya menjalani checkup untuk ibu mengandung, mereka mengesahkan tiada lagi kencing manis dalam darah saya, tidak seperti chekup sebelumnya kencing manis 22.1.. tekanan darah yang rendah sebelum ini kembali normal.. cuma bacaan cd4 dan viral load masih belum diketahui keputusannya.. harap saudara boleh memberi pendapat kepada saya dan suami..
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeletePendapat saya puan perlu ambil HAART seperti disarankan oleh doktor.
Ini kerana puan sekarang sedang mengandung dan bacaan cd4 puan yang agak rendah, lambat laun puan perlu juga ambil HAART ini. Pengambilan HAART memang mempunyai kesan sampingan terhadap pengambilnya. Tentang risiko kepada anak tu kita serahkan kepada Allah. InsyaAllah anak yang bakal lahir tidak cacat dan bebas dari HIV sekiranya puan ambil HAART. apa pun keputusannya di tangan puan dan suami.
saya doakan puan selamat melahirkan anak yang bebas HIV sihat dan comel untuk berbakti kepada puan dan suami
InsyaAllah. banyakkan doa kepada Allah.
Tentang suplement herba dan ginseng sekiranya puan ambil HAART elakkan lah. oh ya suplement ini tidak berfungsi seperti HAART.
apa pun rujuklah kepada doktor yang merawat puan.
Aper akan terjadi klu lewat memakan ubatan tersebut pada masa yg ditetapkan??
ReplyDeleteVirus akan resistant terhadap ubat dan ubat x mampu mengawal virus maka perlu ditukar dengan ubat yang mahal yang mana perlu ditanggung oleh PLHIV itu sendiri.
DeleteSaya baru di sahkan ade hiv mase test pra perkahwinan.. org pjbat qadi ade col.. nk jumpe parents sy.. klau sy nk kawen.. skrang ni saya drngan bakal suami je thu.. klau boleh.. taknak bgtahu.. macammne ekk.. skrang sy tngah mnjalani terpi ozon..
ReplyDeleteDiela Razieman,
DeleteBab ni saya tak berapa pasti.
Yang saya tahu PLHIV memang boleh berkahwin dan mempunyai anak yang bebas HIV dengan syarat patuh kepada makan ubat HAART dan beberapa langkah lain. Sekiranya berkelapangan hubungi saya melalui email akupositif83@gmail.com
Saudara akupositif83 bolh x awk msj sy
ReplyDelete