PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Monday, April 23, 2012

Kesepian

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Salam ukhuwah.

2 minggu yang sunyi tanpa ada apa-apa entri yang aku posting.

2 minggu ini juga emosi aku terganggu. Emosi aku tak stabil

2 minggu ini juga perasaaan aku berbelah bahagi

2 minggu ini juga aku celaru

2 minggu ini juga aku hampir hanyut dalam dunia ciptaan aku


Tuesday, April 10, 2012

ARKIB SEMINGGU

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


3 April 2012
Aku g klinik ambil MC. Tak sakit mana pun cuma ingin masa berehat. Lepas dapat MC, aku pergi sarapan kat kedai makan Melayu. Kebetulan bekas pekerja-pekerja aku ada kat situ. Duduk semeja bersama mereka dan sembang mengenai kerja. Rasa seronok bila lama tidak sembang ngan meraka pagi ni dapat bersembang.

Pada sebelah petang pula, buat pertama kalinya aku beranikan diri menghubungi uncle AHP melalu sms. Alhamdulillah, Uncle AHP membalas sms aku. Uncle AHP bagi nasihat dan kata-kata semangat pada aku. Kemudian, Uncle AHP nasihatkan aku menghubungi Uncle Luka Rafieqa (LR) kerana Uncle LR berhampiran dengan tempat aku tinggal. Berjaya menghubungi uncle Lr dengan sms.

Pada sebelah malam, berjumpa Uncle LR. Seram sejuk juga nak jumpa Uncle LR ni. Hehehehe... Memang la sejuk, naik motorsikal x pakai jaket. hehehe... Singgah MCD beli sedikit makanan sebab lapar. Lepas beli MCD jumpa Uncle LR. Sembang-sembang dengan uncle sambil makan MCD. Erk... Alhamdulillah kenyang... Banyak juga yang disembangkan. Nasihat. Kata-kata semangat. Tips-tips kesihatan pun ada gak. Hehehe. Seperti biasa aku banyak mendiamkan diri.

Dalam pukul 12am aku meminta diri untuk pulang ke rumah aku. Pergh... Sejuk benar malam nie. Malas pakai jaket.


4 April 2012
Pagi ni aku pergi kerja macam biasa. Sampai tempat kerja bos aku dah sampai lak. Aku buat tak tahu je. Hehehe... Aku masuk opis, letak laptop, sembang sikit-sikit pasal kerja, bincang perihal kerja, tanya aku pasal apa MC semalam, dan macam-macam lagi. Tapi yang paling penting, aku tanya dia bila Petty Cash aku nak dapat,. Kewangan agak nazak dah ni. Hehehe

Tengah hari sewaktu rehat, aku memecut motor aku ke Hospital Sungai Buloh. Tak jauh mana hospital dengan tempat kerja aku ni. Sampai area hospital aku tak tahu mana tempat letak moto, jadi aku pusing-pusing kawasan hospital. Tadaaaa... tu dia tempat letak moto. Lepas letak moto, aku pun mula la memulakan agenda aku di situ.

Aku mencari-cari mana Klinik ID ni. Pusing punya pusing aku tak jumpa pun kat mana letaknya klinik tu. Nak g kaunter informasi tanya Klinik ID rasa malu lak. Hehehe.... Malu bertanya tak jumpa la klinik. Hehehe... Aku pegi HSB hari ni bukannya nak lapor diri, cuma nak mencari di mana lokasinya Klinik ID ni. Kecewa tak dapat jumpa klinik ni aku pun balik la.

Pada sebelah malam pula, aku menghubungi Uncle LR ajak berjumpa. Uncle cakap ok. Dalam pukul 10 malam, jumpa uncle. Tanya kabo, sembang-sembang, tengok tv, tak ingat lak rancangan apa. Sebenar jumpa uncle malam ni nak tanya dia pasal lokasi Klinik ID. Hehehe... Then uncle cakap la lokasinya. Alhamdulillah dah tahu.


5 April 2012
Macam biasa pergi kerja. Buat-buat sibuk kat tempat kerja. Plan nak pindah kan opis dalam unit rumah masih belum dapat dilaksanakan. Staf sendiri buat tak tahu je. Tak apa lah, aku masih boleh buat sendiri. Next projek aku jaga sendiri lagi senang dari ada staf tp asyik nak kene arah, nak kene suruh. Letih la camni. Aku dulu pun pernah duk kat kerusi tu, tapi adalah inisiatif sendiri, bos dah instruct, sendiri mau ingatla, jangan la sampai bos bising banyak kali, kan tak best.

Tengah hari, aku pergi HQ kat PJ. Biasa la tugas sampingan sebagai despatch. Hehehehe. Balik dari HQ, aku bergegas ke HSB. Hasrat di hati, ingin mencari Klinik ID setelah diberikan tunjuk arah oleh Uncle LR malam tadi. Sampai HSB aku pun ikut tunjuk arah tu dan taraaaa.... jumpa pun. hehehe.. Dah jumpa klinik tu, aku bergegas semula ke tempat kerja.


6 April 2012
Pagi-pagi lagi dah bangun. Bangun awal. Semangat. Hari ni nak g lapor diri ke HSB. Pukul 7.40am dah sampai kat HSB. Letak moto, ambik report dalam box, bergerak ke klinik ID.

Sampai klinik, aik.. tak ramai orang. Ini sudah bagus bisikan hati. Jumpa Staf Nurse dan bagi Surat Rujukan dari doctor Lab Wellness. Staf Nurse baca surat tu, kemudian dia cakap, adik hari ni xda Klinik ID, Klinik ID hari Isnin, Rabu atau Khamis. Hahahaha... tergelak aku dalam hati. Punya la semangat sekali salah hari da. Ambil semula surat tu dan ucap terima kasih, aku balik dan bergegas ke tempat kerja.


7 April 2012
Kerja seperti biasa. Tengah hari bos bawak pergi buat lawatan sambil belajar ke site-site lain. hehehe... Lepas tu bos bawak pergi makan tengah hari. Jimat duit hari ni. Balik dari makan sampai site dekat pukul 3pm. Tanya bos pasal petty cash, bos bg cheque. Alhamdulillah.


8 April 2012
Balik kampung jumpa family. Malam tu kan ada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25. Tengok ABPBH bersama mak, adik dan abah aku. Pergh... kali pertama abah aku tgk ABPBH. Hehehe...

Dapat sms dari Uncle LR ajak datang rumah dia untuk dinner. Maaf uncle, Am kat kampung. Kemudian bagi tahu uncle yang esok nak pergi HSB. Uncle cakap dia nak tumpang. Okey, ada la orang temankan kat HSB esok.

Lepas ABPBH abis, aku minta izin dari mak aku nak balik rumah sewa. Lepas tu, ambik uncle kat rumah dia kemudian malam tu kami tido di rumah sewa company aku kat Sg. Buloh.


9 April 2012
Bersiap awal untuk ke HSB. Lapor diri kali pertama. Sampai HSB, pergi Klinik ID, bg surat rujukan dan IC kat Nurse bertugas. Kemudian diarahkan ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar. Ya, akhirnya aku berjaya melapor diri di HSB. Kembali ke klinik dan menunggu giliran. Angka giliran aku yang pertama sebagai PLHIV adalah 4014. Tunggu sebentar kemudia nombor di panggil masuk dalam bilik ambil darah. 

Pertama kali tengok staf tu ambil darah tak gunakan picagari macam selalu yang aku ambil darah kat lab. Jakun giler... Lepas ambil darah, tunggu giliran untuk sesi kaunseling. Uncle ajak pergi sarapan dulu. Tak makan apa-apa, cuma minum air saja. Selesai kembali ke klinik. Tengok nombor giliran yang tertera 4013, wah lagi satu giliran aku.

Tak lama kemudian 4014 dipanggil. Kali pertama aku tak perasan sebab sembang dengan uncle. Kali kedua baru perasan. Masuk bilik kaunseling.

*******

Sesi kaunseling pun berakhir. Boleh balik.......




Tuesday, April 03, 2012

KRONOLOGI

1 March 2012
Buat Rapid Test HIV menggunakan kit ujian yang di beli dari internet
Set satu tiada bacaan dapat dibaca kerana masalah teknikal
Set kedua, terdapat dua garisan merah pada huruf C T menandakan kehadiran antibidi HIV I & II

5 March 2012
Ambil cuti tahunan dan pergi ke Lab Wellness untuk menjalani ujian darah.
Buat ujian darah menggunakan Pakej A yang mengandungi 13 jenis katageri ujian termasuk ujian Antibodi HIV I & II

14 March 2012
Staff di lab menghubungi aku
Keputusan ujian darah sudah siap dan berada di lab
Membuat temujanji pada 15 March 2012 pukul 2 petang.

15 March 2012
Mengambil keputusan kerja separuh hari untuk pergi ke lab.
Ketika mengambil keputusan doktor terus memberitahu keputusan ujian Antibodi HIV I & II terlebih dahulu
Keputusan Antibodi HIV I & II - REACTIVE
Kaedah ujian mengesan Antibodi HIV I & II - ELISA
Mengambil keputusan untuk menjalani ujian Western Immunoblot pada hari ini juga.


31 March 2012
Hari Ulangtahun Kelahiran
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran

1 April 2012
Staff di lab menghubungi aku
Keputusan Western Immunoblot telah siap dan berada di lab
Membuat temujanji pada 2 April 2012 pada sebelah pagi


2 April 2012
Tangguh temujanji pada sebelah petang
Lebih kurang pukul 4 pm tiba di lab
Menunggu di ruang menunggu sementara menunggu doktor merawat pesakit terdahulu
Di panggil masuk ke dalam bilik doktor
Doktor terus memberi tahu keputusan walaupun aku belum sempat duduk
( x sabar betul doktor ni) (staff yang panggil aku pun masih ada, mesti dia dengar juga)
Keputusan seperti berikut:

Anti-HIV Confirmation ( Western Immunoblot )

  • Anti-HIV I - POSITIVE
  • Anti-HIV II - Negative
Doktor meminta aku merujuk kes ke hospital kerajaan
Aku memilih untuk merujuk kes aku ke Hospital Sungai Buloh
Doktor menulis surat rujukan untuk MO di ID Clinic Sungai Buloh Hospital


Secara mudah aku memilih tarikh 31 March 2012 sebagai tarikh rasmi aku PLHIV.




Monday, April 02, 2012

Berakhirnya Teka-teki

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Selamat bertemu kembali. Lama aku tak post entri baru. Bukan tak nak post entri baru tapi semuanya masih dalam teka-teki selama 2 minggu. Aku menunggu keputusan Western Blot baru aku berani cerita lebih lanjut. Hehehe....

Sepanjang aku berteka-teki sendirian, aku mengharapkan keputusan Western Blot aku negatif. Jahat kan... Aku juga mengharapkan keputusan ujian aku keluar pada 31/03/2012 atau sebelumnya. Ini kerana aku mahu menganggapnya sebagai hadiah ulangtahun kelahiranku. Takdir Allah, keputusan aku siap pada pagi 01/04/2012 sehari selepas aku menyambut ulangtahun kelahiran.

02/04/2012, semua teka-teki status kesihatan aku terjawap hari ini. Keputusan Western Blot bagi Anti HIV I - POSITIVE. Anti HIV II - NEGATIVE.

Bermulalah kehidupan sebagai seorang PLHIV di Malaysia. Tercatatlah diri ini dalam statistik PLHIV di Malaysia apabila melapor diri di Hospital Sungai Buloh nanti.

Ya Allah, permudahkan semua urusan hambamu ini dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang PLHIV.




*Diedit kali pertama pada 12:24 03042012