PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Monday, April 02, 2012

Berakhirnya Teka-teki

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Selamat bertemu kembali. Lama aku tak post entri baru. Bukan tak nak post entri baru tapi semuanya masih dalam teka-teki selama 2 minggu. Aku menunggu keputusan Western Blot baru aku berani cerita lebih lanjut. Hehehe....

Sepanjang aku berteka-teki sendirian, aku mengharapkan keputusan Western Blot aku negatif. Jahat kan... Aku juga mengharapkan keputusan ujian aku keluar pada 31/03/2012 atau sebelumnya. Ini kerana aku mahu menganggapnya sebagai hadiah ulangtahun kelahiranku. Takdir Allah, keputusan aku siap pada pagi 01/04/2012 sehari selepas aku menyambut ulangtahun kelahiran.

02/04/2012, semua teka-teki status kesihatan aku terjawap hari ini. Keputusan Western Blot bagi Anti HIV I - POSITIVE. Anti HIV II - NEGATIVE.

Bermulalah kehidupan sebagai seorang PLHIV di Malaysia. Tercatatlah diri ini dalam statistik PLHIV di Malaysia apabila melapor diri di Hospital Sungai Buloh nanti.

Ya Allah, permudahkan semua urusan hambamu ini dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang PLHIV.




*Diedit kali pertama pada 12:24 03042012

1 comment:

  1. boleh x saudara tengok fact western blot nih..nak cakap camner ek..this is what u have to know.. i will tell u something..check dekat this page.. and tengok bahagian western blot punya test kit insert..

    http://semarakpositiv.blogspot.com/p/isu-hangat.html

    ReplyDelete