PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Sunday, April 05, 2015

Temujanji Pertama Hari Sabtu

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur aku atas kesihatan yang Allah kurniakan kepadaku, umur yang panjang untuk menikmati alam fatamorganaMu ini Ya Allah.

Alhamdulillah, pada 4 April 2015 bersamaan hari Sabtu, aku berjaya menghadirkan diri untuk temujanji bersama doktor di Klinik ID, Hospital Sungai Buloh untuk melihat keputusan ujian darah yang dibuat pada 4 March 2015 yang lalu.

Gembira rasanya kerana telah dapat temujanji pada hari Sabtu. Bukan semua PLHIV yang membuat rawatan di HSB dapat temujanji pada hari Sabtu. Namun hati aku merasa sedikit bimbang akan keputusan ujian darah yang aku akan terima.

Setelah mengambil nombor giliran, aku menunggu di ruang menunggu. Prosedur seterusnya adalah menunggu nombor giliran dipanggil untuk menimbang berat dan mengambil tekanan darah.
Alhamdulillah, berat bertambah sebanyak 2kg menjadikan 75kg. Agak berat juga. Kemudian tekanan darah. Alhamdulillah, tekanan darah aku normal.

Selesai urusan menimbang berat dan mengambil tekanan darah, aku kembali menunggu di ruang menunggu untuk berjumpa doktor pula. Tidak lama kemudian nombor giliran aku dipanggil dan aku menemui doktor.

Alhamdulillah, doktor ceria aku pun ceria. Keputusan aku untuk ujiat darah sebulan sebelumnya adalah seperti berikut:

CD4 : 414
CD4% : 24
VL : Undetecable

Alhamdulillah, syukur VL menunjukkan keputusan yang tetap iaitu undetecable. Namun sedikit kecewa apabila CD4 aku telah turun dari sebelum ini. 692 turun kepada 414. Namun dalam kecewa ada lagi berita gembira apabila doktor menyatakan CD4% aku meningkat dari sebelum ini iaitu dari 22% kepada 24%. Syukur Alhamdulillah.

Sedikit membimbangkan apabila keputusan kolesterol aku agak sedikit tinggi. Doktor menasihati agar aku mengawal permakanan aku dengan mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan cuba-cuba membuat senaman agar kolesterol aku tidak semakin naik. Doktor tidak bercadang untuk aku mengambil ubat kolesterol untuk kali ini.

Ujian darah yang lain juga menunjukkan yang aku tiada masalah lain. Alhamdulillah.

InsyaAllah, bulan 10 nanti temujanji untuk mengambil sampel darah dan bulan 11 temujanji berjumpa doktor pula.

Setakat ini sahaja aku nak beritahu kepada semua.

Sampai jumpa lagi.

Thursday, April 02, 2015

ULANGTAHUN KE-3

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur aku atas kesihatan yang Allah kurniakan kepadaku, umur yang panjang untuk menikmati alam fatamorganaMu ini Ya Allah.

Alhamdulillah, sekejap sahaja rasanya masa berlalu. Kini sudah 3 tahun aku sah bergelar PLHIV di Malaysia ini.

Sepanjang 3 tahun ini berbagai perkara pahit manis aku lalui. Syukur aku masih diberikan kesempatan untuk menikmati keindahan alam fatamorgana ini.

InsyaAllah, sabtu ini 4 April 2015 aku akan menemui doktor di Hospital Sungai Buloh untuk mengetahui keputusan ujian darah keatas sampel darah yang diambil sebulan lalu.

Semoga keputusan yang aku terima nanti bertambah baik hasil daripada memakan ubat HAART aku dengan izin Allah.

 InsyaAllah, apabila aku terima keputusan Sabtu ini aku akan update dalam blog aku yang tak seberapa ini.

Pesan aku kepada mereka yang melakukan aktiviti berisiko, yang masih belom melakukan ujian HIV segeralah berbuat demikian.

Kepada PLHIV yang telah lama dan masih baru aku doakan kalian sihat selalu. Yang telah mengambil HAART makanlah dengan penuh disiplin agar kesihatan anda terjamin dengan izin Allah.

Saturday, February 28, 2015

MAC DATANG LAGI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENYAYANGI

Assalamualaikum

Alhamdulillah bulan Mac datang lagi pada tahun ini. Tahun 2015. Syukur kerana Allah masih memanjangkan usia aku.

Dengan kembalinya bulan Mac pada tahun ini bermakna kembalinya ulangtahun aku mengetahui yang diriku membawa virus HIV. Virus yang ramai antara kita takuti kerana kurangnya ilmu mengenai HIV. Juga virus yang dikatakan boleh membawa maut. TETAPI sekiranya mendapatkan rawatan yang di sedikan oleh Hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, InsyaAllah pembawa HIV boleh hidup normal dan sihat seperti manusia yang tidak membawa virus ini.

Mengimbau kembali 3 tahun yang lalu, malam 1 Mac 2012 aku menjalani ujian HIV bersendirian menggunakan HIV test kit yang aku perolehi melalui internet. 2 kit ujian aku jalani. Kit yang pertama tidak menunjukkan sebarang keputusan mungkin terdapat kesilapan dalam menjalani ujian tersebut. Kit yang kedua pula menunjukkan keputusan yang aku positif HIV.

Alhamdulillah, melalui pembacaan dan pemahaman sendiri aku dapat menerima keputusan yang ditunjukkan oleh test kit tersebut. Terkejut memang ada tetapi aku sedar akan risiko-risiko yang aku bakal hadapi akibat aktiviti aku selama ini. Aku terimanya kerana ini lah ketentuan yang telah dituliskan untuk diriku di alam fatamorgana ini.

Esok, InsyaAllah 1 Mac 2015 merupakan tahun ke-3 aku mengetahui yang aku merupakan salah seorang pembawa HIV. Alhamdulillah, kesihatan baik sepanjang 3 tahun ini. Berat badan pun semakin meningkat. Kene mula berdiet ni.

InsyaAllah, 4 Mac 2015 akan ke Hospital Sungai Buloh untuk memberikan sample darah untuk ujian CD4, VL dan beberapa ujian darah untuk menentukan kesan dan status kesihatan aku. InsyaAllah keputusan yang bakal doktor beritahu aku nanti pada 4 April 2015 merupakan keputusan kesihatan yang semakin baik.

Banyak rancangan yang aku rancang untuk masa depan aku. Harapnya aku dapat laksanakan seperti dirancang dengan izin Allah.

Jalanilah ujian HIV sekiranya anda melakukan aktiviti berisiko. Hanya dengan ujian darah sahaja status dapat diketahui.

Sampai di sini sahaja untuk entri pada kali ini. Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum......