PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Thursday, March 29, 2012

Andai Ku Tahu


ANDAI KU TAHU

Andai kutahu 
Kapan tiba ajalku 
Ku akan memohon 
Tuhan tolong panjangkan umurku 

Andai kutahu 
Kapan tiba masaku 
Ku akan memohon 
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku 

Aku takut 
Akan semua dosa dosaku 
Aku takut 
Dosa yang terus membayangiku 

*Instrumental*

Andai kutahu 
MalaikatMu kan menjemputku 
Izinkan aku 
Mengucap kata tobat padaMu 

Aku takut 
Akan semua dosa dosaku 
Aku takut 
Dosa yang terus membayangiku 

Ampuni aku 
Dari segala dosa dosaku 
Ampuni aku 
Menangisku bertobat padaMu 

Aku manusia 
Yang takut neraka 
Namun aku juga 
Tak pantas di surga

Andai kutahu 
Kapan tiba ajalku 
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu 

Aku takut 
Akan semua dosa dosaku 
Aku takut 
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku 
Dari segala dosa dosaku 
Ampuni aku 
Menangisku bertobat padaMu 

Haaa... Haaaa... Haaa... Haaaa... [2x]



Thursday, March 22, 2012

Aku (2)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dalam entri sebelum ni, aku dah cerita sedikit sebanyak background aku dalam pendidikan dan kerjaya. Bukan niat aku nak membangga diri. Jauh sekali nak membangga diri. Aku kongsikan sebagai renungan dan iktibar untuk semua pembaca. Bukan semua yang berjaya dalam pendidikan tidak diduga, tidak diuji dengan ujian-ujian dariNya.

Walaupun aku boleh la dikatagerikan agak bernasib baik dalam pendidikan, juga mempunyai sejarah pendidikan agama, aku masih juga boleh terlencong dalam kehidupan yang sedikit tidak normal daripada kehidupan lelaki normal. Kalau dahulunya, orang akan bertanya kepadaku kenapa kau jadi begini? Aku akan jawap naluri kot, dr kecil begitu.. Tapi kini, bila aku pikirkan kembali kenapa aku jadi begitu, aku dapati bahawa ini semua ujian dariNya untuk aku.

Ya, hidup dalam dunia yang tak normal ini memang mempunyai risiko-risiko yang akan dihadapi. Tetapi semua risiko itu hanya sementara sahaja bermain di minda. Bila nafsu mengusai diri semua risiko hilang entah kemana. Bukan aku x tahu, tahu. Bukan aku x elak, aku elak. Tapi ini lah ujian Allah kepada hambaNya di muka bumi ini. Mahu melihat hambaNya menghadapi ujian.

Terlibat dalam dunia ni, bukan mudah untuk setia pada seorang sahaja. Saban hari, sifat ingin mencari yang baru telah membawa aku hanyut lebih jauh. Walaupun langkah berjaga-jaga aku amalkan, tetapi kadang-kadang bila nafsu menguasai diri, aku lupa untuk menggunakan perlindungan. Kepercayaan kepada pasangan juga mungkin telah menyebabkan aku lupa untuk menggunakan perlindungan.

Bermula pengalaman pertama pada penghujung 2003 sehinggalah penghujung february 2012, aku hanyut dalam duniaku. Bukan x mahu berubah. Aku mahu berubah, tapi tiap kali hasrat nak berubah terlintas dihati, ku ketemu dengan seorang teman baru, Acap kali perkara ini berlaku. Azam 2012 adalah nak berhenti dari dunia ni. Target pertama bulan 1, x menjadi, target kedua bulan 2 juga x menjadi. Malah teringin pula bersama perempuan pula.

Rekod ujian darah bg HIV antibodi, kali terakhir aku lakukan pada september 2009. Ketika itu keputusan non-reactive. Tolak masa window shopping period 3 bulan, aku mungkin terkena jangkitan antara bulan 6 tahun 2009 sehingga bulan 12 tahun 2011. Ini aku tolak window period kerana aku memula buat ujian rapid test pada 1 hb 3 tahun 2012.

Ya, sebenarnya aku x nak nafikan bahawa aku masih menaruh harapan agar aku x dijangkiti virus ini. Aku masih menunggu keputusan ujian Western Blot. Aku mengharapkan agar keputusan screening hari tu adalah false positive. Namun, aku harus menerima apa jua keputusan Western Blot itu nanti. Aku mendapat sedikit sebanyak motivasi bila aku membaca blog Aku Hiv Positif. Aku mengharapkan yang aku akan terus positif walau apa jua keputusan ujian itu nanti.

Semua ini adalah ujian dari Allah. Aku harus menjalani ujian ini sebagai hambaNya. Setiap hambaNya mempunyai pelbagai jenis ujian dan aku terpilih untuk menjalani ujian ini.


Sunday, March 18, 2012

Semuanya Bermula Di sini (3)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

2 Mac 2012

Pagi ni aku bangun seperti biasa, aku siap-siap nak pergi kerja. Dalam perjalanan ke tempat kerja tu pikiran ku dok melayang entah ke mana. Dok pikir betul ke tak betul result yang aku dapat malam tadi. Nasib tak ditimpa kemalangan akibat menunggang tanpa fokus terhadap tunggangan. Tunggang moto la. Ni dok pikir lain la tu kan.

Sampai kat opis aku terus on laptop aku. 1st aku buka game online yang aku main. Nak hilangkan tumpuan terhadap result malam tadi. Pastu buka fesbuk lak. Urhmmm boring-boring.. Aku x buat kerja aku. Aku terus meng"google" tentang HIV. Aku pun belek-belek apa yang encik google telah carikan untuk aku tentang HIV.

Belek punya belek aku jumpa 1 blog yang dimiliki oleh seorang yang ada HIV. Blog tersebut adalah http://akuhivpositif.blogspot.com/ . Aku pun buka blog tersebut. Aku baca sepintas lalu pada mulanya. Agak menarik dan berinformasi bilamana aku melihat tajuk-tajuk posting pemilik blog tersebut.

Kemudian aku tinggalkan dulu laptop untuk aku buat kerja-kerja aku. Tapi hati aku tak 100% pada kerja. Masih duk pikir tentang apa yang aku dapat malam tadi. Dalam hati aku berkata baik aku gi lab dan buat ujian. Ya, betul. Buat ujian baru sahih keputusannya. Aku pun nekad. Aku isi form annual leave untuk aku cuti hari Isnin. Aku nak buat blood test pada hari tu. Alhamdulillah, bos aku datang site pagi tu. Jadi aku pun berbincang tentang kerja sedikit kemudian aku hulurkan form aku pada beliau.

Beliau pun tanya kenapa mahu cuti. Aku cakap la ada hal sikit nak buat. Pastu beliau balas lak mahu kawin ke cuti ni. Aduh.... Aku hanya tersenyum dan cakap mana ada mahu kawin, lambat lagi. Beliau pun terus sign form aku. Ya, aku dapat cuti. Aku gembira dalam gundah.

Petang hari tu macam biasa je, buat kerja sambil online. Pukul 5 petang waktu balik kerja. Cam biasa balik ontime. Hehehe.... Malam macam biasa aku online, main game, fesbuk, dan aku buka balik blog Aku Hiv Positif. Mood membaca aku masih kurang.

3 Mac 2012


Hari ini hari Sabtu. Rutin aku macam biasa juga. Pergi kerja. Kat tempat kerja, online, buat kerja, jalan2 site, dan tengok work progress sub-con aku. Tapi aku asyik terpikir tentang HIV jer. Emosi terganggu. Hari ini aku habiskan kerja cam biasa. Pukul 5 petang balik. Aik... Sabtu pun kerja sampai petang??? Ya, aku kerja kat site mana ada istilah separuh hari atau sabtu cuti. Hihihihi..

4 Mac 2012


Aku nekad aku mesti berubah! Ya, syukur Alhamdulillah pagi ini aku bangun sebelum Subuh. Aku mandi wajib. Pastu aku amik air wudhuk menunggu waktu Subuh. Ya, pagi ini aku nekad mulakan hidup baru. Aku kembali menemui Sang Pencipta aku, ALLAH yang agak lama juga aku tinggalkan. Syukur, Alhamdulillah. Selesai solat Subuh aku membaca Surah Yasin. Alhamdullihah, masih agak lancar aku menyebut ayat-ayat suci Al_Quran.

Sesudah itu, aku mula membuka laptop dan aku mula online. Pagi ni macam biasa aku main game dulu, fesbuk dan yang penting hari ni aku nak baca blog Aku Hiv Positif dari posting beliau yang pertama. Alhamdulillah mood aku untuk membaca blog ni semakin membuak-buak. Dari posting Salam Perkenalan sehinggalah posting-posting beliau yang berikut aku baca dengan teliti.

Aku berhenti sekejap dari online sebab perut lapar. Aku mengajak housemate aku untuk pergi bersarapan sama tapi pelawaan aku ditolak. Aku pun pergi la sarapan keseorangan. Selesai sarapan aku balik dan sesampainya aku di rumah aku terus layan blog Aku Hiv Positif. Entah kenapa aku begitu sangat tertarik dengan blog ni. Dari satu posting ke 1 posting aku baca dengan teliti.

Tengah hari aku tak pergi makan. Aku terlalu asyik membaca blog Aku Hiv Positif. Berhenti sekejap untuk solat Zuhur. Usai solat dan membaca Surah Yasin, aku sambung layan blog Aku Hiv Positif. Sampai waktu Asar aku berhenti solat dan baca Yasin. Aku kembali sambung layan blog ni sampai lebih kurang pukul 6 petang. Kemudian aku bersiap-siap untuk g makan malam. Hari ni aku makan awal sebab aku nak puasa. Ya, puasa malam pasal esok pagi-pagi aku nak buat ujian darah untuk full screening + HIV antibodi.

Sesampai kedai makan, makcik kedai makan cakap belum ready lagi. Jadi aku pun pusing-pusing la kawasan sekitar tempat aku tinggal ni. Lebih kurang pukul 7 aku datang semula ke kedai tadi. Alhamdulillah, dah ready untuk beroperasi. Hihihi... Aku suka makan kat kedai ni, sedap masakan dia sedap. Almaklumla, makcik yang masak. Memang agak lambat tapi sedap. Apa guna masak cepat tapi rasa pun tak da macam tukang-tukang masak lelaki kat kedai-kedai lain.

Aku selesai makan sebelum masuk waktu Maghrib. Jadi aku bergegas pulang ke rumah dengan segera.
Aku membersihkan diri dan tunaikan solat Maghrib. Kemudian aku baca Surah Yasin. Kemudian aku Solat Hajat agar aku bebas HIV. Aku terus solat Isyak dan baca Yasin. Aku mengharapkan agar virus ini tak ada dalam badan aku.Selesai saja aku baca Yasin, aku terus layari blog Aku Hiv Positif semula. Akhirnya aku tidor lebih kurang pukul 12 malam. Esok nak buat ujian darah. Baik tidur awal.

5 Mac 2012


Aku bangun awal. Pukul 4.30am. Aku mandi bersihkan diri. Selesai aku berwudhuk kemudian aku tunaikan Solat Hajat sehinggalah waktu Subuh tiba. Aku solat Subuh disusuli bacaan Yasin. Aku memohon kepada Allah agar aku tidak dijangkiti virus ini. Selesai semua itu aku kembali melayari internet. Seperti biasa aku main game sekejap. Aku buka fesbuk. Tak lupa blog Aku Hiv Positif.

Lebih kurang pukul 8 pagi, aku bersiap-siap nak pergi klinik pathlab area cheras. Sampai klinik lebih kurang pukul 8.30. Klinik pun baru buka. Aku agak terkejut juga sebab klinik dah mempunyai nurse Melayu. 2 tahun lalu pergi klinik ni belum ada nurse Melayu. Dalam hati, aku nekad aku kene buat gak ujian hari ni. Aku masuk klinik dan nurse Melayu yang melayan aku. Aku cakap aku nak buat ujian darah. Kemudian dia tanya ujian apa. Aku jawap ada pakej x. Dia kata ada dan mulakan tentang pakej dan bayaran. Aku ambik pakej A dengan bayaran RM280. Pakej ni termasuk ujian screening antibodi HIV I & HIV II.

Selesai urusan aku di klinik, aku kembali ke rumah. Sebelum itu, aku singgah ke kedai untuk bersarapan dan buka puasa. Hehehehe... Roti kosong 2, nasi lemak sebungkus, milo tarik, kenyang. Alhamdulillah. Selesai bersarapan aku pulang ke rumah. Sampai di rumah aku terus sambung layan blog Aku Hiv Positif. Aku terus membaca blog ini sehingga waktu Zohor. Aku berhenti untuk solat dan baca Yasin. Selesai sahaja, aku terus baca blog ini lagi. Berhenti solat Asar dan baca Yasin.

Kemudian aku sambung layan Aku Hiv Positif sehinggalah aku melupakan kelaparan aku untuk membaca blog ini. Aku hanya berhenti untuk solat Maghrib dan baca Yasin sehinggalah selesai Isyak aku masih layan blog ini. Secara jujur aku dah jatuh hati ngan blog Aku Hiv Positif. Pemilik blog ini menerapkan begitu banyak unsur-unsur positif kepada diri beliau dan pembaca blognya. Malah informasi yang beliau paparkan juga begitu padat dan bermanfaat kepada semua pembaca.

Lebih kurang pukul 10 malam aku dah tak boleh tahan lapar aku gi la kedai makan. Aku order nasi goreng biasa, telur mata, ngan air kopi o panas. Dalam menunggu makanan sampai aku ada sms beberapa kawan aku. Aku tanyakan pendapat mereka sekiranya mempunyai teman HIV Positif. Alhamdulillah respon yang aku dapat semua boleh terima dengan baik kawan HIV Positif. Tapi aku tak tau la betul ke tidak. Paling best semua sahabat aku syak aku positif HIV tapi aku cover, aku cakap teman aku yang positif. Jadi aku minta pendapat mereka. Hehehehe... Tak lama kemudian nasi goreng aku sampai. Aku makan tapi selera aku masih takda sebab duk pikir tentang HIV lagi. Aku cuba habiskan juga tapi tak habis.

Aku abiskan kopi o aku dan aku bayar kemudian aku balik rumah. Sesampai di rumah, aku sambung kembali pelayaran aku di blog Aku Hiv Positif. Aura positif yang terdapat dalam blog ini sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran aku tentang virus ni. Aku x jemu membaca posting beliau. Comment-comment terhadap posting beliau juga aku baca. Aku baca blog ni sampai aku rasa mengantuk. Esok kerja. Aku pun masuk tidur.







Saturday, March 17, 2012

Semuanya bermula di sini (2)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Aku sebenarnya tak berapa terkejut apabila doktor bagi tahu yang result antibodi HIV I & HIV II aku reactive. Aku buat ujian ni kat klinik sebab nak confirmkan ujian rapid KL test yang aku buat sendiri kat rumah pada malam 1/3/2012 yang lalu.

Penghujung bulan 2 yang lalu, aku beli online HIV TEST KIT dari salah 1 lab yang menjual kit ni. Kiriman pos laju kit ni sampai pada 29/2/2012 tapi pada hari tu aku kerja, jadi kiriman x dapat diserahkan padaku. Abg posmen tinggalkan nota kiriman untuk aku tuntut kiriman kat Pos Laju Cheras. Jadi 1/3/2012 pagi-pagi lagi aku dah gerak g pos laju nak tuntut kiriman. Punyalah excited nak buat test. Tapi aku tangguhkan sampai malam sebab siang aku kerja.

Dalam perjalanan balik kerja petang 2 hujan lebat turun membasahi bumi KL. Hujan rahmat bisik hatiku. Sebelum sampai rumah, aku singgah pasar malam. Aku beli popia RM3/5biji untuk aku makan malam. Bajet... Hihihi... Pastu aku balik rumah. Sampai rumah aku terus g buka bungkusan kiriman tu... Dah buka bungkusan, hati ku menyuruh aku mandi dulu.

Selesai mandi aku buka set kit pertama. Aku beli 2 set kit. Aku baca instruction camne nak buat test. Dah selesai baca aku pun memulakan ujian darahku sendiri. Tara.... Perasaan aku saat tu berdebar-debar juga la sebab nak cucuk jari bg keluar darah. Tap. Jarum cucuk jari aku, aku picit jari bg darah keluar untuk sedut dan titis kat kit tu. Pastu aku buat ikut arahan semua. Tunggu punya tunggu sampai 20 minit x kuar result.

Letih tunggu x dapat result, aku baca arahan semula dia suruh tambah lagi pencair darah, aku pun tambah setitik lagi. Taraaaa...... dapat result tapi separuh. Ah sudah bisik hati ku. Dek kerana tak puas hati, aku buka set kedua. Kali ni aku buat betul-betul. Dah x takut dah nak ambik darah sendiri kali kedua.

Taraaaa.... x sampai 5 minit result mula nampak. Ah... napa ada dua garisan lak nie.. Hilang la 1 please..... Owh kene tunggu sampai 20 minit kot, getus hatiku. Sambil tunggu nak sampai 20 minit aku dah sangat lapar. Aku pun buka la popia aku tadi. Tapi hati gundah gulana x de selera nak makan. Makan pun macam x masuk dalam perut je popia nie... Tik Tok Tik Tok... dah 20 minit.

Cepat-cepat aku masuk bilik tgk result aku. Aku buat test nie dalam bilik aku. Hehehe... Ya Allah. Dua garisan kat C T. Aku positive????????

Aku keluar semula dan makan baki popia tadi tapi dah tak boleh nak telan. Aku duk pikir je... Betul ke ni...
Ah, maybe ada error kot. Ya la kat web lab 2 ada tulis 99.9% tepat. Maybe aku nia yang 0.1% ni kot... Hehehe... Nak sedapkan hati.


Friday, March 16, 2012

AKU (1)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Salam Perkenalan.


Assalamualaikum.

Aku dilahirkan pada hujung Mac 1980an di sebuah hospital di sebuah daerah di Selangor. Orang tua aku telah namakan aku dengan nama seorang tokoh Islam yang agak terkenal dari negara seberang. Tapi di sini, cukuplah kalau aku gelarkan diriku sebagai Am. Aku merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga aku. Adik beradik aku yang lain semua perempuan.

Seperti biasa, kehidupan kanak-kanak aku macam biasa-biasa je. Almaklum la keluarga aku bukan orang senang. Orang biasa-biasa je. Namun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada ketika itu. Nak bangga sikit UPSR aku dapat result yang gempak juga iaitu 3A 1C. Tak sangka dapat result camtu. Mesti nak tau kan yang C tu apa kan... Yang C tu tentulah English.

Memasuki alam sekolah menengah pula, aku bersekolah di sekolah di pekan berhampiran kampung aku. Sekolah menengah kat area sini ada 1 je yang paling dekat. Ha, kat sini aku pun nak bangga sikit apabila result PMR aku pun agak gempak. Nak tau ke??? Ok la aku dapat 6A, 1B, 1D. Lagi sekali English mendapat tempat terakhir. Hihihi.... Aku sekolah kat sini sampai form 4 je. Tu pun x sampai 2 bulan.

Lepas result PMR keluar aku telah memohon ke untuk memasuki sekolah teknik. Aku minat teknikal. Syukur, aku diterima masuk ke sebuah sekolah teknik di sebuah daerah di Selangor. Jurusan Kejuruteraan Awam. Sekolah teknik nie x ramai pelajar perempuan masa aku form 4, cukup untuk 1 team net ball je bila dicampur pelajar permpuan form4 ngan form 5. Sadis kan... hehehe.... Bila bangunan asrama baru siap, baru la pelajar perempuan ramai. Masa tu dah form 5. Kejutan budaya. Mana tak nya setahun x nampak pelajar perempuan ramai tetiba jadi ramai.. hihihih. Sekali lagi aku nak membangga bilamana result SPM keluar, aku telah memperolehi semua gred yang ada dalam SPM sistem terbuka (1st generasi SPM Terbuka) kecuali gred 9G. Gred nie je xda dalam slip aku... Alhamdulillah semua lulus.

Dipendekakan cerita, aku sambung belajar di sebuah IPTA di Shah Alam dalam jurusan Kejuruteraan Awam juga. Aku paling beruntung sebab sepanjang aku belajar tak pernah keluar dari TANAH TUMPAHNYA DARAHKU iaitu SELANGOR. Belajar kat sini 3 tahun. Habis 3 tahun aku grad. Bangga dapat grad dalam tempoh 3 tahun. Ada la 7 orang classmate aku sangkut, tambah 1 sem lg. hihihi

Habis study aku menganggur lebih kurang 6 bulan. Lepastu aku dapat offer kerja. Ni pun member aku tolong rekemen. Alhamdulillah dapat. Untuk pengetahuan aku x suka kerja pejabat so aku kerja dalam site. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih kerja dalam company ni... Baru-baru nie ada apply new job tp rasa-rasa  tak nak ambik. Nak stay company ni.

Aku dah mengantuk nie. mungkin kesan ubat batuk yang aku telan tadi.. InsyaAllah esok aku sambung cerita lagi.


Semuanya bermula di sini.....(1)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

15 March 2012
2:50pm
Klinik Pathlab area Cheras

Aku : "Selamat petang, saya nak ambik report ujian darah saya" sambil menghulurkan IC.

Nurse : "Okey, encik sila duduk dahulu"

Aku pun duduk di kerusi panjang berhampiran dinding..

Selang beberapa minit...

Nurse : "Encik Am sila masuk"

Aku pun bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik doktor.

Aku : "Selamat petang."

Doktor : "Selamat petang. Sila duduk"

Aku pun duduk di kerusi di sebelah meja doktor.

Doktor : "Okey En. Am, saya terus ke report awak di muka surat agak belakang sikit ya."

Aku : "Okey" Aku dah dapat rasakan sesuatu tentang report aku.

Doktor : "Okey En. Am, ini ujuan yang kita buat hanya screening ya. Tetapi result yang kita dapat menunjukkan Antibodi HIV I & HIV II reactive. Ini baru screening jadi kemungkinan sahaja. Biasanya bila result yang kita dapat reactive ujian susulan iaitu Western Blot perlu dibuat. Ujian ini agak mahal, jadi kalau En. Am nak buat di hospital goverment saya akan tuliskan surat, tapi kalau nak buat sekarang di klinik kami pun boleh. Cuma saya tak berapa pasti berapa bayarannya kerana sudah ditukar."

Aku : "Boleh doktor check berapa bayaran ujian nie?"

Doktor : "Okey saya check sekejap." sambil tekan butang call pada telepon di atas mejanya.

Nurse : "Ya doktor."

Doktor : "Tolong check harga bagi ujian Western Blot."

Nurse : "Okey doktor. RMxxx untuk ujian Western Blot."

Aku : "Okey doktor, saya buat ujian ni hari ni di sini."

Doktor : "Nurse sediakan tube untuk buat ujian Western Blot sekarang."

Aku : "Okey doktor, bagaimana dengan result ujian yang lain?" Ini kerana aku buat ujian Package A jadi banyak ujian dilakukan termasuk urine.

Doktor : "Okey. Result yang lain semuanya ok cuma kat sini ada nampak kolesterol agak tinggi sikit tp jangan bimbang, kurangkan makanan berkolesterol, bla.. bla..., urine ok."

Aku : "Okey. Doctor saya nak tanya, ujian screening yang dibuat untuk HIV ni yang ELISA ke?"

Doktor : "Ya, ujian ELISA, jadi untuk confirm semula ujian Western Blot kita  buat."

Aku : "Okey. Terima kasih doktor. Saya tunggu di luar." Aku pun keluar dan duduk semula di kerusi panjang tepi dinding.

Nurse : "En. Am sila ikut saya."

Aku pun mengekori nurse masuk ke dalam bilik ambil darah.

Nurse : "Sila duduk. Nak ambil tangan kanan ke kiri?"

Aku : "Kanan." Aku suruh ambil sebelah kanan sebab minggu lepas nurse dah ambil tangan kiri.

Nurse : "Okey. Genggam tube ini. Tahan sikit ya. Ada rasa sakit sikit. Jangan lepas genggaman sampai saya suruh ya."

Aku : "Okey."

Nurse pun cucuk dan ambil darah aku dan suruh aku lepaskan genggaman aku.

Nurse : "Tak ada alergy dengan plaster kan?"

Aku : "Tak."

Nurse : "Okey. Tolong tekan plaster dalam dua minit untuk bagi darah berhenti."

Aku : "Okey." Sambil berjalan keluar. Aku duduk kembali ke kerusi panjang tadi sambil tunggu nurse tulis resit dan nak bayar.

Nurse : "En. Am."

Aku pun bangun dan menuju ke kaunter bayaran dan aku hulurkan kad pastik aku. Hehehehe...

Nurse : "Okey En. Am, ni resit bayaran dan result yang ni dalam 2 minggu baru siap. Bila sudah siap kami akan telepon En. Am."

Aku : "Okey. Terima kasih."