PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Friday, March 16, 2012

Semuanya bermula di sini.....(1)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

15 March 2012
2:50pm
Klinik Pathlab area Cheras

Aku : "Selamat petang, saya nak ambik report ujian darah saya" sambil menghulurkan IC.

Nurse : "Okey, encik sila duduk dahulu"

Aku pun duduk di kerusi panjang berhampiran dinding..

Selang beberapa minit...

Nurse : "Encik Am sila masuk"

Aku pun bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik doktor.

Aku : "Selamat petang."

Doktor : "Selamat petang. Sila duduk"

Aku pun duduk di kerusi di sebelah meja doktor.

Doktor : "Okey En. Am, saya terus ke report awak di muka surat agak belakang sikit ya."

Aku : "Okey" Aku dah dapat rasakan sesuatu tentang report aku.

Doktor : "Okey En. Am, ini ujuan yang kita buat hanya screening ya. Tetapi result yang kita dapat menunjukkan Antibodi HIV I & HIV II reactive. Ini baru screening jadi kemungkinan sahaja. Biasanya bila result yang kita dapat reactive ujian susulan iaitu Western Blot perlu dibuat. Ujian ini agak mahal, jadi kalau En. Am nak buat di hospital goverment saya akan tuliskan surat, tapi kalau nak buat sekarang di klinik kami pun boleh. Cuma saya tak berapa pasti berapa bayarannya kerana sudah ditukar."

Aku : "Boleh doktor check berapa bayaran ujian nie?"

Doktor : "Okey saya check sekejap." sambil tekan butang call pada telepon di atas mejanya.

Nurse : "Ya doktor."

Doktor : "Tolong check harga bagi ujian Western Blot."

Nurse : "Okey doktor. RMxxx untuk ujian Western Blot."

Aku : "Okey doktor, saya buat ujian ni hari ni di sini."

Doktor : "Nurse sediakan tube untuk buat ujian Western Blot sekarang."

Aku : "Okey doktor, bagaimana dengan result ujian yang lain?" Ini kerana aku buat ujian Package A jadi banyak ujian dilakukan termasuk urine.

Doktor : "Okey. Result yang lain semuanya ok cuma kat sini ada nampak kolesterol agak tinggi sikit tp jangan bimbang, kurangkan makanan berkolesterol, bla.. bla..., urine ok."

Aku : "Okey. Doctor saya nak tanya, ujian screening yang dibuat untuk HIV ni yang ELISA ke?"

Doktor : "Ya, ujian ELISA, jadi untuk confirm semula ujian Western Blot kita  buat."

Aku : "Okey. Terima kasih doktor. Saya tunggu di luar." Aku pun keluar dan duduk semula di kerusi panjang tepi dinding.

Nurse : "En. Am sila ikut saya."

Aku pun mengekori nurse masuk ke dalam bilik ambil darah.

Nurse : "Sila duduk. Nak ambil tangan kanan ke kiri?"

Aku : "Kanan." Aku suruh ambil sebelah kanan sebab minggu lepas nurse dah ambil tangan kiri.

Nurse : "Okey. Genggam tube ini. Tahan sikit ya. Ada rasa sakit sikit. Jangan lepas genggaman sampai saya suruh ya."

Aku : "Okey."

Nurse pun cucuk dan ambil darah aku dan suruh aku lepaskan genggaman aku.

Nurse : "Tak ada alergy dengan plaster kan?"

Aku : "Tak."

Nurse : "Okey. Tolong tekan plaster dalam dua minit untuk bagi darah berhenti."

Aku : "Okey." Sambil berjalan keluar. Aku duduk kembali ke kerusi panjang tadi sambil tunggu nurse tulis resit dan nak bayar.

Nurse : "En. Am."

Aku pun bangun dan menuju ke kaunter bayaran dan aku hulurkan kad pastik aku. Hehehehe...

Nurse : "Okey En. Am, ni resit bayaran dan result yang ni dalam 2 minggu baru siap. Bila sudah siap kami akan telepon En. Am."

Aku : "Okey. Terima kasih."

4 comments:

  1. oh ok paham...ko pegi swasta..boleh bagi tahu aku baper ko wat WB kat klinik swasta,.sbb aku x sure yang aku dah jalani WB di hospital kerajaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x silap RM300
      kalau dah refer ke hospital kerajaan biasanya diorang buat WB

      Delete
  2. sy nk tanya mcm mula2 nk g ID kat sungai Buloh? kene buat temujanji dulu ke? doc ade bg sy surat referral tu. Staff kat sana ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf late reply
      x perlu appointment untuk memula dapatkan rawatan
      dtg hari Isnin, Rabu, Khamis,
      staff ok dan terbaik bg saya

      so sudah dapatkan rawatan ke belum nie

      Delete