PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Sunday, March 18, 2012

Semuanya Bermula Di sini (3)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

2 Mac 2012

Pagi ni aku bangun seperti biasa, aku siap-siap nak pergi kerja. Dalam perjalanan ke tempat kerja tu pikiran ku dok melayang entah ke mana. Dok pikir betul ke tak betul result yang aku dapat malam tadi. Nasib tak ditimpa kemalangan akibat menunggang tanpa fokus terhadap tunggangan. Tunggang moto la. Ni dok pikir lain la tu kan.

Sampai kat opis aku terus on laptop aku. 1st aku buka game online yang aku main. Nak hilangkan tumpuan terhadap result malam tadi. Pastu buka fesbuk lak. Urhmmm boring-boring.. Aku x buat kerja aku. Aku terus meng"google" tentang HIV. Aku pun belek-belek apa yang encik google telah carikan untuk aku tentang HIV.

Belek punya belek aku jumpa 1 blog yang dimiliki oleh seorang yang ada HIV. Blog tersebut adalah http://akuhivpositif.blogspot.com/ . Aku pun buka blog tersebut. Aku baca sepintas lalu pada mulanya. Agak menarik dan berinformasi bilamana aku melihat tajuk-tajuk posting pemilik blog tersebut.

Kemudian aku tinggalkan dulu laptop untuk aku buat kerja-kerja aku. Tapi hati aku tak 100% pada kerja. Masih duk pikir tentang apa yang aku dapat malam tadi. Dalam hati aku berkata baik aku gi lab dan buat ujian. Ya, betul. Buat ujian baru sahih keputusannya. Aku pun nekad. Aku isi form annual leave untuk aku cuti hari Isnin. Aku nak buat blood test pada hari tu. Alhamdulillah, bos aku datang site pagi tu. Jadi aku pun berbincang tentang kerja sedikit kemudian aku hulurkan form aku pada beliau.

Beliau pun tanya kenapa mahu cuti. Aku cakap la ada hal sikit nak buat. Pastu beliau balas lak mahu kawin ke cuti ni. Aduh.... Aku hanya tersenyum dan cakap mana ada mahu kawin, lambat lagi. Beliau pun terus sign form aku. Ya, aku dapat cuti. Aku gembira dalam gundah.

Petang hari tu macam biasa je, buat kerja sambil online. Pukul 5 petang waktu balik kerja. Cam biasa balik ontime. Hehehe.... Malam macam biasa aku online, main game, fesbuk, dan aku buka balik blog Aku Hiv Positif. Mood membaca aku masih kurang.

3 Mac 2012


Hari ini hari Sabtu. Rutin aku macam biasa juga. Pergi kerja. Kat tempat kerja, online, buat kerja, jalan2 site, dan tengok work progress sub-con aku. Tapi aku asyik terpikir tentang HIV jer. Emosi terganggu. Hari ini aku habiskan kerja cam biasa. Pukul 5 petang balik. Aik... Sabtu pun kerja sampai petang??? Ya, aku kerja kat site mana ada istilah separuh hari atau sabtu cuti. Hihihihi..

4 Mac 2012


Aku nekad aku mesti berubah! Ya, syukur Alhamdulillah pagi ini aku bangun sebelum Subuh. Aku mandi wajib. Pastu aku amik air wudhuk menunggu waktu Subuh. Ya, pagi ini aku nekad mulakan hidup baru. Aku kembali menemui Sang Pencipta aku, ALLAH yang agak lama juga aku tinggalkan. Syukur, Alhamdulillah. Selesai solat Subuh aku membaca Surah Yasin. Alhamdullihah, masih agak lancar aku menyebut ayat-ayat suci Al_Quran.

Sesudah itu, aku mula membuka laptop dan aku mula online. Pagi ni macam biasa aku main game dulu, fesbuk dan yang penting hari ni aku nak baca blog Aku Hiv Positif dari posting beliau yang pertama. Alhamdulillah mood aku untuk membaca blog ni semakin membuak-buak. Dari posting Salam Perkenalan sehinggalah posting-posting beliau yang berikut aku baca dengan teliti.

Aku berhenti sekejap dari online sebab perut lapar. Aku mengajak housemate aku untuk pergi bersarapan sama tapi pelawaan aku ditolak. Aku pun pergi la sarapan keseorangan. Selesai sarapan aku balik dan sesampainya aku di rumah aku terus layan blog Aku Hiv Positif. Entah kenapa aku begitu sangat tertarik dengan blog ni. Dari satu posting ke 1 posting aku baca dengan teliti.

Tengah hari aku tak pergi makan. Aku terlalu asyik membaca blog Aku Hiv Positif. Berhenti sekejap untuk solat Zuhur. Usai solat dan membaca Surah Yasin, aku sambung layan blog Aku Hiv Positif. Sampai waktu Asar aku berhenti solat dan baca Yasin. Aku kembali sambung layan blog ni sampai lebih kurang pukul 6 petang. Kemudian aku bersiap-siap untuk g makan malam. Hari ni aku makan awal sebab aku nak puasa. Ya, puasa malam pasal esok pagi-pagi aku nak buat ujian darah untuk full screening + HIV antibodi.

Sesampai kedai makan, makcik kedai makan cakap belum ready lagi. Jadi aku pun pusing-pusing la kawasan sekitar tempat aku tinggal ni. Lebih kurang pukul 7 aku datang semula ke kedai tadi. Alhamdulillah, dah ready untuk beroperasi. Hihihi... Aku suka makan kat kedai ni, sedap masakan dia sedap. Almaklumla, makcik yang masak. Memang agak lambat tapi sedap. Apa guna masak cepat tapi rasa pun tak da macam tukang-tukang masak lelaki kat kedai-kedai lain.

Aku selesai makan sebelum masuk waktu Maghrib. Jadi aku bergegas pulang ke rumah dengan segera.
Aku membersihkan diri dan tunaikan solat Maghrib. Kemudian aku baca Surah Yasin. Kemudian aku Solat Hajat agar aku bebas HIV. Aku terus solat Isyak dan baca Yasin. Aku mengharapkan agar virus ini tak ada dalam badan aku.Selesai saja aku baca Yasin, aku terus layari blog Aku Hiv Positif semula. Akhirnya aku tidor lebih kurang pukul 12 malam. Esok nak buat ujian darah. Baik tidur awal.

5 Mac 2012


Aku bangun awal. Pukul 4.30am. Aku mandi bersihkan diri. Selesai aku berwudhuk kemudian aku tunaikan Solat Hajat sehinggalah waktu Subuh tiba. Aku solat Subuh disusuli bacaan Yasin. Aku memohon kepada Allah agar aku tidak dijangkiti virus ini. Selesai semua itu aku kembali melayari internet. Seperti biasa aku main game sekejap. Aku buka fesbuk. Tak lupa blog Aku Hiv Positif.

Lebih kurang pukul 8 pagi, aku bersiap-siap nak pergi klinik pathlab area cheras. Sampai klinik lebih kurang pukul 8.30. Klinik pun baru buka. Aku agak terkejut juga sebab klinik dah mempunyai nurse Melayu. 2 tahun lalu pergi klinik ni belum ada nurse Melayu. Dalam hati, aku nekad aku kene buat gak ujian hari ni. Aku masuk klinik dan nurse Melayu yang melayan aku. Aku cakap aku nak buat ujian darah. Kemudian dia tanya ujian apa. Aku jawap ada pakej x. Dia kata ada dan mulakan tentang pakej dan bayaran. Aku ambik pakej A dengan bayaran RM280. Pakej ni termasuk ujian screening antibodi HIV I & HIV II.

Selesai urusan aku di klinik, aku kembali ke rumah. Sebelum itu, aku singgah ke kedai untuk bersarapan dan buka puasa. Hehehehe... Roti kosong 2, nasi lemak sebungkus, milo tarik, kenyang. Alhamdulillah. Selesai bersarapan aku pulang ke rumah. Sampai di rumah aku terus sambung layan blog Aku Hiv Positif. Aku terus membaca blog ini sehingga waktu Zohor. Aku berhenti untuk solat dan baca Yasin. Selesai sahaja, aku terus baca blog ini lagi. Berhenti solat Asar dan baca Yasin.

Kemudian aku sambung layan Aku Hiv Positif sehinggalah aku melupakan kelaparan aku untuk membaca blog ini. Aku hanya berhenti untuk solat Maghrib dan baca Yasin sehinggalah selesai Isyak aku masih layan blog ini. Secara jujur aku dah jatuh hati ngan blog Aku Hiv Positif. Pemilik blog ini menerapkan begitu banyak unsur-unsur positif kepada diri beliau dan pembaca blognya. Malah informasi yang beliau paparkan juga begitu padat dan bermanfaat kepada semua pembaca.

Lebih kurang pukul 10 malam aku dah tak boleh tahan lapar aku gi la kedai makan. Aku order nasi goreng biasa, telur mata, ngan air kopi o panas. Dalam menunggu makanan sampai aku ada sms beberapa kawan aku. Aku tanyakan pendapat mereka sekiranya mempunyai teman HIV Positif. Alhamdulillah respon yang aku dapat semua boleh terima dengan baik kawan HIV Positif. Tapi aku tak tau la betul ke tidak. Paling best semua sahabat aku syak aku positif HIV tapi aku cover, aku cakap teman aku yang positif. Jadi aku minta pendapat mereka. Hehehehe... Tak lama kemudian nasi goreng aku sampai. Aku makan tapi selera aku masih takda sebab duk pikir tentang HIV lagi. Aku cuba habiskan juga tapi tak habis.

Aku abiskan kopi o aku dan aku bayar kemudian aku balik rumah. Sesampai di rumah, aku sambung kembali pelayaran aku di blog Aku Hiv Positif. Aura positif yang terdapat dalam blog ini sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran aku tentang virus ni. Aku x jemu membaca posting beliau. Comment-comment terhadap posting beliau juga aku baca. Aku baca blog ni sampai aku rasa mengantuk. Esok kerja. Aku pun masuk tidur.







10 comments:

  1. tak mengapa, teruskan saja menulis dan perkongsian begini. ianya membantu kita menghadapi keriauan. tahniah.
    sila hubungi saya bila2 masa saja am perlu.

    ReplyDelete
  2. Banyaknya baca apa yang di baca tuh. Alhamdulilah begitu positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.
      dari awal tahu diri berisiko jd sediakan dgn sepositifnya diri ini.
      terima kasih atas sokongan.

      Delete
  3. saya harap awak akan kuatkan semangat awak ehh..walaupun saye bukan pengidap tu tp saye paham perasaan awak......semoga tabah taw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih makhluk tuhan
      insyaAllah saya akan kuatkan semangat saya

      Delete
  4. kenapalah bila aku baca,,aku rasa nak nanges..sama mcm keadaan aku mula2 dulu... membentang sejadah.. Ya Allah.,aku sudah terlalu jauh dengan mu... sadis pulak citernyer...huhuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adat manusia dikala susah ingat kepada tuhan nya
      bila dah gembira semua ditinggalkan semula
      ingatan untuk diri saya juga

      Delete
  5. salam..sy sedang membuat persediaan...saye teringat sabda nabi saw..baginda ckp habbatussauda adalh penawar segala penyakit..kecuali mati...bmkne habbatussauda bole singkirkn virus hiv..dgn syarat kita yakin ap yg nabi sabda dan bertawakl kpd Allah..Allahuakbar..

    ReplyDelete
  6. Salam bro..nk tye..skrg buat ujian westren blood berapa ye?

    ReplyDelete