PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Saturday, March 17, 2012

Semuanya bermula di sini (2)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Aku sebenarnya tak berapa terkejut apabila doktor bagi tahu yang result antibodi HIV I & HIV II aku reactive. Aku buat ujian ni kat klinik sebab nak confirmkan ujian rapid KL test yang aku buat sendiri kat rumah pada malam 1/3/2012 yang lalu.

Penghujung bulan 2 yang lalu, aku beli online HIV TEST KIT dari salah 1 lab yang menjual kit ni. Kiriman pos laju kit ni sampai pada 29/2/2012 tapi pada hari tu aku kerja, jadi kiriman x dapat diserahkan padaku. Abg posmen tinggalkan nota kiriman untuk aku tuntut kiriman kat Pos Laju Cheras. Jadi 1/3/2012 pagi-pagi lagi aku dah gerak g pos laju nak tuntut kiriman. Punyalah excited nak buat test. Tapi aku tangguhkan sampai malam sebab siang aku kerja.

Dalam perjalanan balik kerja petang 2 hujan lebat turun membasahi bumi KL. Hujan rahmat bisik hatiku. Sebelum sampai rumah, aku singgah pasar malam. Aku beli popia RM3/5biji untuk aku makan malam. Bajet... Hihihi... Pastu aku balik rumah. Sampai rumah aku terus g buka bungkusan kiriman tu... Dah buka bungkusan, hati ku menyuruh aku mandi dulu.

Selesai mandi aku buka set kit pertama. Aku beli 2 set kit. Aku baca instruction camne nak buat test. Dah selesai baca aku pun memulakan ujian darahku sendiri. Tara.... Perasaan aku saat tu berdebar-debar juga la sebab nak cucuk jari bg keluar darah. Tap. Jarum cucuk jari aku, aku picit jari bg darah keluar untuk sedut dan titis kat kit tu. Pastu aku buat ikut arahan semua. Tunggu punya tunggu sampai 20 minit x kuar result.

Letih tunggu x dapat result, aku baca arahan semula dia suruh tambah lagi pencair darah, aku pun tambah setitik lagi. Taraaaa...... dapat result tapi separuh. Ah sudah bisik hati ku. Dek kerana tak puas hati, aku buka set kedua. Kali ni aku buat betul-betul. Dah x takut dah nak ambik darah sendiri kali kedua.

Taraaaa.... x sampai 5 minit result mula nampak. Ah... napa ada dua garisan lak nie.. Hilang la 1 please..... Owh kene tunggu sampai 20 minit kot, getus hatiku. Sambil tunggu nak sampai 20 minit aku dah sangat lapar. Aku pun buka la popia aku tadi. Tapi hati gundah gulana x de selera nak makan. Makan pun macam x masuk dalam perut je popia nie... Tik Tok Tik Tok... dah 20 minit.

Cepat-cepat aku masuk bilik tgk result aku. Aku buat test nie dalam bilik aku. Hehehe... Ya Allah. Dua garisan kat C T. Aku positive????????

Aku keluar semula dan makan baki popia tadi tapi dah tak boleh nak telan. Aku duk pikir je... Betul ke ni...
Ah, maybe ada error kot. Ya la kat web lab 2 ada tulis 99.9% tepat. Maybe aku nia yang 0.1% ni kot... Hehehe... Nak sedapkan hati.


12 comments:

  1. pertama akali berkesempatan ziarah berkongsi sokongan.
    kalau terus menunjukkan sikap positif begini, saya tak ragu2 menjemput am sebagai sahabat kumpulan sokongan.
    am ke yang sms saya tu?
    saya kongsikan link am di blog saya ya.
    jgn risau, tak ada apa2lah pasal hiv ni.
    sabar dan tabah selalu.
    tabah dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih uncle AHP kerana menziarah blog am yang x seberapa nie
    InsyaAlah saya akan terus positif dalam menghadapi hari2 mendatang
    saya yang email uncle
    terima kasih sudi link blog saya pada blog uncle, saya baru lagi berblog jadi belum tahu camner nak link
    pelan2 kayuh. hehehe
    terima kasih atas sokongan uncle dan saya juga mengharapkan uncle tabah dalam menghadapi hari mendatang dan terus berjuang
    Perjuangan Belum Selesai

    ReplyDelete
  3. Biasanya dia tak jadi dua line ke satu line tapi satu line ke dua line.

    kalau lepas letak tu terus jadi dua line maksudnya memang positif, harap saudara tabah ya, jangan gelisah di blog ramai rakan yang boleh membantu, aktiviti juga ada. yang penting kuasai ilmu HIV dan juga positif dan optimis .. insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dua line kat C T,
      InsyaAllah, saling bantu membantu sesama komuniti.

      Delete
  4. mcm mana nk beli test kit tu on9 ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. meyo,
      boleh try search hiv test kits

      Delete
    2. Boleh tau nama Rapid test kit yg saudara beli kat on9 tu.

      Delete
    3. saya dah tak ingat nama rapid test yang saya beli

      Delete
  5. jangan risau lah yer... HIV nih tak ada apa2 pon.. teruskan kehidupan macam biasa ya.. :) hidup ceria dan positiv dan jangan sedih2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah x risau skang
      hidup pun dah ceria
      dah x sedih2.
      awak pun ya

      Delete
  6. Salam..ad private num atau email yg boleh d hubungi utk mendapatkan pandangan dan nasihat?terima kasih.salam ukhuwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh email kepada saya di
      akupositif83@gmail.com

      Delete