PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Thursday, March 22, 2012

Aku (2)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dalam entri sebelum ni, aku dah cerita sedikit sebanyak background aku dalam pendidikan dan kerjaya. Bukan niat aku nak membangga diri. Jauh sekali nak membangga diri. Aku kongsikan sebagai renungan dan iktibar untuk semua pembaca. Bukan semua yang berjaya dalam pendidikan tidak diduga, tidak diuji dengan ujian-ujian dariNya.

Walaupun aku boleh la dikatagerikan agak bernasib baik dalam pendidikan, juga mempunyai sejarah pendidikan agama, aku masih juga boleh terlencong dalam kehidupan yang sedikit tidak normal daripada kehidupan lelaki normal. Kalau dahulunya, orang akan bertanya kepadaku kenapa kau jadi begini? Aku akan jawap naluri kot, dr kecil begitu.. Tapi kini, bila aku pikirkan kembali kenapa aku jadi begitu, aku dapati bahawa ini semua ujian dariNya untuk aku.

Ya, hidup dalam dunia yang tak normal ini memang mempunyai risiko-risiko yang akan dihadapi. Tetapi semua risiko itu hanya sementara sahaja bermain di minda. Bila nafsu mengusai diri semua risiko hilang entah kemana. Bukan aku x tahu, tahu. Bukan aku x elak, aku elak. Tapi ini lah ujian Allah kepada hambaNya di muka bumi ini. Mahu melihat hambaNya menghadapi ujian.

Terlibat dalam dunia ni, bukan mudah untuk setia pada seorang sahaja. Saban hari, sifat ingin mencari yang baru telah membawa aku hanyut lebih jauh. Walaupun langkah berjaga-jaga aku amalkan, tetapi kadang-kadang bila nafsu menguasai diri, aku lupa untuk menggunakan perlindungan. Kepercayaan kepada pasangan juga mungkin telah menyebabkan aku lupa untuk menggunakan perlindungan.

Bermula pengalaman pertama pada penghujung 2003 sehinggalah penghujung february 2012, aku hanyut dalam duniaku. Bukan x mahu berubah. Aku mahu berubah, tapi tiap kali hasrat nak berubah terlintas dihati, ku ketemu dengan seorang teman baru, Acap kali perkara ini berlaku. Azam 2012 adalah nak berhenti dari dunia ni. Target pertama bulan 1, x menjadi, target kedua bulan 2 juga x menjadi. Malah teringin pula bersama perempuan pula.

Rekod ujian darah bg HIV antibodi, kali terakhir aku lakukan pada september 2009. Ketika itu keputusan non-reactive. Tolak masa window shopping period 3 bulan, aku mungkin terkena jangkitan antara bulan 6 tahun 2009 sehingga bulan 12 tahun 2011. Ini aku tolak window period kerana aku memula buat ujian rapid test pada 1 hb 3 tahun 2012.

Ya, sebenarnya aku x nak nafikan bahawa aku masih menaruh harapan agar aku x dijangkiti virus ini. Aku masih menunggu keputusan ujian Western Blot. Aku mengharapkan agar keputusan screening hari tu adalah false positive. Namun, aku harus menerima apa jua keputusan Western Blot itu nanti. Aku mendapat sedikit sebanyak motivasi bila aku membaca blog Aku Hiv Positif. Aku mengharapkan yang aku akan terus positif walau apa jua keputusan ujian itu nanti.

Semua ini adalah ujian dari Allah. Aku harus menjalani ujian ini sebagai hambaNya. Setiap hambaNya mempunyai pelbagai jenis ujian dan aku terpilih untuk menjalani ujian ini.


7 comments:

  1. tahniah kerana mengajak pembaca memuhasabah diri.
    sekarang masanya untuk fokus ke depan.
    biarkan saja sejarah sebagai pengajaran.
    syukurlah atas segala didikanNya ini.

    bersama berjuang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih AHP
      jangan biarkan sejarah berulang...

      perjuangan belum selesai

      Delete
  2. sEtiap ujian Allah turunkan pada mahkluk ada sebabnya..Ujian ini lah yang menjadikan kita lebih ingat akan penciptanya iaitu Allah.. Sesunggunhnya Allah itu Maha Pengampun..Jadikan apa yang berlaku ini sebagai tanda Allah sayangkan kita.. thanks akupositif83 atas perkongsian ini.

    KK

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kembali KK
      InsyaAllah, sama2 kita mendekatkan diri kita lebih lg kpd Allah.
      satu peringatan yang berguna kepada kita semua sbg hambaNya.

      Delete
  3. akupositif83 sekali lagi saya harap awak boleh kontek hagemarusan@gmail.com cerita dan masalah kita sama harap boleh bertukar pendapat tentang rawatan dan sebagainya saya dah cuba cari numbor kontek awak tapi tak jumpa apapun kuatkan diri semoga result western blot awak berikan harapan baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara/i hagemarusan,
      saya dah email pd awak
      setakat ini saya rasa kita berhubung melalui email dahulu
      sharing is caring

      Delete
  4. salam..

    Saudara..apakah simptom2 yang pernah saudara lalui sebelum disahkan positif? (kalau perasan la...)

    Terima Kasih..:)

    ReplyDelete