PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Saturday, October 19, 2013

1ST ANNIVERSARY STOCRIN & TENVIR EM


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana masih diberikan kesempatan untukku bernafas dan menikmati kehidupanku yang sementara di fatamorgana ini.

Alhamdulillah, 19 Oktober 2012 tepat pukul 12am aku memulakan perjalanan hidup aku bersama Stocrin dan Tenvir EM. Kini 19 Oktober 2013 aku meraikan ulangtahun pertama aku bersama dengan Stocrin dan Tenvir EM

Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. CD4 aku juga telah meningkat. VL aku juga telah bawah 20.
Pengambilan ubat boleh aku katakan mengikut masa yang aku pilih iaitu 12am. Tiada masalah "side effect" ubat yang negative tetapi yang positive seperti meningkatnya CD4 dan turunnya VL.

InsyaAllah bulan 12 ini akan mengambil sampel darah untuk tujuan CD4, VL dan keputusannya akan berjumpa doktor di Hospital Sungai Buloh pada bulan 1.

Kekangan kerja dan masa agak membataskan aku untuk meng"update" blog aku ini.

InsyaAllah, kita berjumpa lagi.

Tuesday, April 02, 2013

Mari Kita Belajar


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


SEKIRANYA MAKLUMAT YANG SAYA BERIKAN TERDAPAT KESILAPAN, DIHARAP DAPAT MEMBERITAHU KEPADA SAYA UNTUK PEMBETULAN

Monday, April 01, 2013

1st Anniversary


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah, bertemu lagi kita di sini. Lama juga tak update blog yang tak seberapa nie.

Alhamdulillah, setahun sudah berlalu yang aku kini merupakan salah seorang pembawa HIV atau PLHIV atau ODHA.

Dalam setahun nie, banyak juga yang aku belajar mengenai HIV ni. Kalau sebelum bergelar PLHIV hanya tau apa itu HIV, sekarang dah banyak yang aku tahu tentang HIV nie.

Dalam setahun ini juga aku telah memulakan rawatan HAART. Ramai kalangan PLHIV yang belum memulakan rawatan HAART takut untuk memulakan rawatan ini. Ini kerana, side effect permulaan rawatan ini yang bermacam-macam dan menakutkan. Bagi akau pula, aku tak kisah itu semua. Apa yang penting kesihatan aku terjamin. Oleh kerana itu, apabila doktor menasihatkan aku memulakan rawatan ini aku bersetuju sahaja. Aku dapat regime ubat yang memang aku inginkan iaitu Tenvir-EM dan Stocrin.

Alhamdulillah, tiada masalah yang timbul apabila aku mengambil regime ini. Yang penting, janagan terlalu memikirkan benda-benda yang negatif. Teringat akau pesan salah seorang guru aku ketika bersekolah dahulu " Apa yang kamu PIKIRKAN itulah yang kamu akan DAPAT" . Sebab itu aku hanya memikirkan yang baik-baik sahaja bila memulakan rawatan ini.

Dalam setahun ini juga aku telah berjumpa ramai rakan-rakan yang PLHIV samaada yang newly diagnose atau yang dah beberapa, bebelasan, berpuluhan tahun sebagai PLHIV. Mereka ini merupakan sumber inspirasi aku untuk meneruskan hidup. Zaman permulaan mereka sebagai PLHIV tak semudah zaman kini.
Oleh sebab itu aku amat menghargainya kerana aku menjadi PLHIV pada masa kini.

Hidup mesti diteruskan.

Sunday, March 03, 2013

Setahun Sudah

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hahaha....

Setahun sudah rupanya aku mengetahui diri ini PLHIV.

1 Mac 2012 - Aku buat test rapid kat rumah dan result nyer positif. Tak rasmi.

Kini 1 Mac 2013 - Setahun sudah. Kini dah secara rasmi. hihihi

Cepat benar masa berlalu. Kalau x kerana makan HAART aku lupa agaknya aku PLHIV.


Tuesday, January 29, 2013

100 HARI


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sungguh lama aku tak update blog aku nie....

Bersawang dah blog nie selama aku x meng"update"

Dalam tak sedar tempoh 100 hari telah berlalu. Tanggal 26 January 2013 merupakan hari ke-100 aku mengambil ubat HAART.

Alhamdulillah, dalam tempoh 100 hari ini tiada masalah besar kesan pengambilan ubat HAART ini.

Alhamdulillah, dalam tempoh ini juga, aku tidak pernah gagal untuk menelan ubat HAART ini walaupun ada 2 3 kali aku terbabas waktu pengambilannya gara-gara aku terlelap. Namun apabila tersedar sahaja dari tidur aku segera mengambil ubat ini.

Pada tanggal 21 January 2013 yang lalu, aku telah berjumpa doktor di Hospital Sg. Buloh. Tiada masalah berkaitan buah pinggang tetapi sedikit keradangan pada hati. Namun doktor tetap meneruskan untuk aku mengambil ubat ini.

Alhamdulillah. Jika diizinkan olehNya, aku tak mahu menukar regime ubat aku. Harap ujian darah yang aku buat pada hari tersebut tidak menunjukkan gejala radang hati yang serius.

Doktor menyarankan aku membuat ujian "Ultrasound-Liver" dan temujanji yang aku perolehi adalah pada 24 June 2013 bersamaan ujian darah kerana sebelum kedua-dua ujian ini aku perlu berpuasa.

Oh ya, pada 26 January 2013 yang lalu juga telah berlangsung Mesyuarat Agung Pertubuhan Positive Warrior Malaysia (PPWM) kali Pertama yang berlangsung di Dewan Hadhari Pusat Islam Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya.

Rasa-rasa ini saja yang aku nak coretkan dalam blog ni. InsyaAllah akan datang aku cuba "update" blog dengan info-info yang berkaitan dengan HIV.

Doakan agar aku diberikan kesihatan dan kesempatan untuk berblog lagi dan juga ubat yang aku makan tidak meninggalkan kesan sampingan terhadap organ dalaman aku.

Jumpa lagi di"entri" yang akan datang.

Assalamualaikum.