DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENYAYANGI
Assalamualaikum
Alhamdulillah bulan Mac datang lagi pada tahun ini. Tahun 2015. Syukur kerana Allah masih memanjangkan usia aku.
Dengan kembalinya bulan Mac pada tahun ini bermakna kembalinya ulangtahun aku mengetahui yang diriku membawa virus HIV. Virus yang ramai antara kita takuti kerana kurangnya ilmu mengenai HIV. Juga virus yang dikatakan boleh membawa maut. TETAPI sekiranya mendapatkan rawatan yang di sedikan oleh Hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, InsyaAllah pembawa HIV boleh hidup normal dan sihat seperti manusia yang tidak membawa virus ini.
Mengimbau kembali 3 tahun yang lalu, malam 1 Mac 2012 aku menjalani ujian HIV bersendirian menggunakan HIV test kit yang aku perolehi melalui internet. 2 kit ujian aku jalani. Kit yang pertama tidak menunjukkan sebarang keputusan mungkin terdapat kesilapan dalam menjalani ujian tersebut. Kit yang kedua pula menunjukkan keputusan yang aku positif HIV.
Alhamdulillah, melalui pembacaan dan pemahaman sendiri aku dapat menerima keputusan yang ditunjukkan oleh test kit tersebut. Terkejut memang ada tetapi aku sedar akan risiko-risiko yang aku bakal hadapi akibat aktiviti aku selama ini. Aku terimanya kerana ini lah ketentuan yang telah dituliskan untuk diriku di alam fatamorgana ini.
Esok, InsyaAllah 1 Mac 2015 merupakan tahun ke-3 aku mengetahui yang aku merupakan salah seorang pembawa HIV. Alhamdulillah, kesihatan baik sepanjang 3 tahun ini. Berat badan pun semakin meningkat. Kene mula berdiet ni.
InsyaAllah, 4 Mac 2015 akan ke Hospital Sungai Buloh untuk memberikan sample darah untuk ujian CD4, VL dan beberapa ujian darah untuk menentukan kesan dan status kesihatan aku. InsyaAllah keputusan yang bakal doktor beritahu aku nanti pada 4 April 2015 merupakan keputusan kesihatan yang semakin baik.
Banyak rancangan yang aku rancang untuk masa depan aku. Harapnya aku dapat laksanakan seperti dirancang dengan izin Allah.
Jalanilah ujian HIV sekiranya anda melakukan aktiviti berisiko. Hanya dengan ujian darah sahaja status dapat diketahui.
Sampai di sini sahaja untuk entri pada kali ini. Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum......
keep writing bro,keep healthty :)
ReplyDeleteInsyaAllah. akan terus menulis.
DeleteTerima kasih baca blog saya yang tak seberapa ini.
Salam.saya nk tnya. Result negatif tu pada hari/bulan ke berapa dari aktiviti berisiko? Dan apa yg buatkan tergerak utk buat test? Simptom?
ReplyDeleteSalam,
Deletesoalan pertama saya x dapat jawab dengan tepat
tergerak hati selepas sorg sahabat buat test and dia -ve
saya xda simptom apa2 pun...
As salam... bole x bg email utk sy bertanya sesuatu... mohon jasa baik saudara.
ReplyDeleteAs Salam
Deleteemail saya : akupositif83@gmail.com
As salam bng, mcm mana sy bole berhubung dgn abg? Sy perlukan pendapa serta nasihat abg...
ReplyDeleteAs Salam
DeleteTuan boleh hubungi email saya : akupositif83@gmail.com