PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Sunday, October 19, 2014

2ND ANNIVERSARY STOCRIN & TENVIR EM

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana masih diberikan kesempatan untukku bernafas dan menikmati kehidupanku yang sementara di fatamorgana ini.

Lama aku tak buat entri untuk blog aku ni. Ada yang tertanya-tanya status kesihatan aku selama aku menyepikan diri dari membuat entri dalam blog ini. Alhamdulillah aku masih diberikan kesihatan dan semakin sihat. :)

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana tarikh 19 Oktober kembali lagi. Dengan kembalinya tarikh ini, bermakna telah 2 tahun aku menjalani rawatan HAART dengan mengambil kombinasi ubat Stocrin dan Tenvir EM

Pada awal tahun ini, aku mendapat bekalan ubat yang baru iaitu Efamat & Tenvir EM. Pada dasarnya Efamat merupakan ubat yang sama seperti Stocrin.  Efamat merupakan ubat "generic" iaitu ubat yang dikeluarkan oleh syarikat yang lain yang mendapat lesen pengilangan ubat dari syarikat asal. Efamat mempunyai kandungan dan fungsi yang sama seperti Stocrin.

Alhamdulillah, CD4 aku juga telah meningkat kepada 600 lebih untuk ujian CD4 pada bulan 7 yang lalu. Manakala Viral Load aku Alhamdulillah masih undetectable. Selepas ini temujanji aku untuk mengambil sampel darah dan menemui doktor adalah 8 bulan dan aku telah ditukarkan ke temujanji hari Sabtu untuk bertemu doktor

Rasanya setakat ini saja aku nak update blog aku. Mesti korang bosankan baca blog aku ni. Aku harapkan korang doakan aku semakin sihat dan panjang usia untuk menikmati fatamorgana ini. Aku juga doakan korang semua sihat.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

2 comments:

  1. Alhamdulillah. Bila nak keluar makan2 lagi Am?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. InsyaAllah. Anytime free boleh je keluar makan2. Contact saya la bila2 nak ajak makan

      Delete