PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Tuesday, April 10, 2012

ARKIB SEMINGGU

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


3 April 2012
Aku g klinik ambil MC. Tak sakit mana pun cuma ingin masa berehat. Lepas dapat MC, aku pergi sarapan kat kedai makan Melayu. Kebetulan bekas pekerja-pekerja aku ada kat situ. Duduk semeja bersama mereka dan sembang mengenai kerja. Rasa seronok bila lama tidak sembang ngan meraka pagi ni dapat bersembang.

Pada sebelah petang pula, buat pertama kalinya aku beranikan diri menghubungi uncle AHP melalu sms. Alhamdulillah, Uncle AHP membalas sms aku. Uncle AHP bagi nasihat dan kata-kata semangat pada aku. Kemudian, Uncle AHP nasihatkan aku menghubungi Uncle Luka Rafieqa (LR) kerana Uncle LR berhampiran dengan tempat aku tinggal. Berjaya menghubungi uncle Lr dengan sms.

Pada sebelah malam, berjumpa Uncle LR. Seram sejuk juga nak jumpa Uncle LR ni. Hehehehe... Memang la sejuk, naik motorsikal x pakai jaket. hehehe... Singgah MCD beli sedikit makanan sebab lapar. Lepas beli MCD jumpa Uncle LR. Sembang-sembang dengan uncle sambil makan MCD. Erk... Alhamdulillah kenyang... Banyak juga yang disembangkan. Nasihat. Kata-kata semangat. Tips-tips kesihatan pun ada gak. Hehehe. Seperti biasa aku banyak mendiamkan diri.

Dalam pukul 12am aku meminta diri untuk pulang ke rumah aku. Pergh... Sejuk benar malam nie. Malas pakai jaket.


4 April 2012
Pagi ni aku pergi kerja macam biasa. Sampai tempat kerja bos aku dah sampai lak. Aku buat tak tahu je. Hehehe... Aku masuk opis, letak laptop, sembang sikit-sikit pasal kerja, bincang perihal kerja, tanya aku pasal apa MC semalam, dan macam-macam lagi. Tapi yang paling penting, aku tanya dia bila Petty Cash aku nak dapat,. Kewangan agak nazak dah ni. Hehehe

Tengah hari sewaktu rehat, aku memecut motor aku ke Hospital Sungai Buloh. Tak jauh mana hospital dengan tempat kerja aku ni. Sampai area hospital aku tak tahu mana tempat letak moto, jadi aku pusing-pusing kawasan hospital. Tadaaaa... tu dia tempat letak moto. Lepas letak moto, aku pun mula la memulakan agenda aku di situ.

Aku mencari-cari mana Klinik ID ni. Pusing punya pusing aku tak jumpa pun kat mana letaknya klinik tu. Nak g kaunter informasi tanya Klinik ID rasa malu lak. Hehehe.... Malu bertanya tak jumpa la klinik. Hehehe... Aku pegi HSB hari ni bukannya nak lapor diri, cuma nak mencari di mana lokasinya Klinik ID ni. Kecewa tak dapat jumpa klinik ni aku pun balik la.

Pada sebelah malam pula, aku menghubungi Uncle LR ajak berjumpa. Uncle cakap ok. Dalam pukul 10 malam, jumpa uncle. Tanya kabo, sembang-sembang, tengok tv, tak ingat lak rancangan apa. Sebenar jumpa uncle malam ni nak tanya dia pasal lokasi Klinik ID. Hehehe... Then uncle cakap la lokasinya. Alhamdulillah dah tahu.


5 April 2012
Macam biasa pergi kerja. Buat-buat sibuk kat tempat kerja. Plan nak pindah kan opis dalam unit rumah masih belum dapat dilaksanakan. Staf sendiri buat tak tahu je. Tak apa lah, aku masih boleh buat sendiri. Next projek aku jaga sendiri lagi senang dari ada staf tp asyik nak kene arah, nak kene suruh. Letih la camni. Aku dulu pun pernah duk kat kerusi tu, tapi adalah inisiatif sendiri, bos dah instruct, sendiri mau ingatla, jangan la sampai bos bising banyak kali, kan tak best.

Tengah hari, aku pergi HQ kat PJ. Biasa la tugas sampingan sebagai despatch. Hehehehe. Balik dari HQ, aku bergegas ke HSB. Hasrat di hati, ingin mencari Klinik ID setelah diberikan tunjuk arah oleh Uncle LR malam tadi. Sampai HSB aku pun ikut tunjuk arah tu dan taraaaa.... jumpa pun. hehehe.. Dah jumpa klinik tu, aku bergegas semula ke tempat kerja.


6 April 2012
Pagi-pagi lagi dah bangun. Bangun awal. Semangat. Hari ni nak g lapor diri ke HSB. Pukul 7.40am dah sampai kat HSB. Letak moto, ambik report dalam box, bergerak ke klinik ID.

Sampai klinik, aik.. tak ramai orang. Ini sudah bagus bisikan hati. Jumpa Staf Nurse dan bagi Surat Rujukan dari doctor Lab Wellness. Staf Nurse baca surat tu, kemudian dia cakap, adik hari ni xda Klinik ID, Klinik ID hari Isnin, Rabu atau Khamis. Hahahaha... tergelak aku dalam hati. Punya la semangat sekali salah hari da. Ambil semula surat tu dan ucap terima kasih, aku balik dan bergegas ke tempat kerja.


7 April 2012
Kerja seperti biasa. Tengah hari bos bawak pergi buat lawatan sambil belajar ke site-site lain. hehehe... Lepas tu bos bawak pergi makan tengah hari. Jimat duit hari ni. Balik dari makan sampai site dekat pukul 3pm. Tanya bos pasal petty cash, bos bg cheque. Alhamdulillah.


8 April 2012
Balik kampung jumpa family. Malam tu kan ada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25. Tengok ABPBH bersama mak, adik dan abah aku. Pergh... kali pertama abah aku tgk ABPBH. Hehehe...

Dapat sms dari Uncle LR ajak datang rumah dia untuk dinner. Maaf uncle, Am kat kampung. Kemudian bagi tahu uncle yang esok nak pergi HSB. Uncle cakap dia nak tumpang. Okey, ada la orang temankan kat HSB esok.

Lepas ABPBH abis, aku minta izin dari mak aku nak balik rumah sewa. Lepas tu, ambik uncle kat rumah dia kemudian malam tu kami tido di rumah sewa company aku kat Sg. Buloh.


9 April 2012
Bersiap awal untuk ke HSB. Lapor diri kali pertama. Sampai HSB, pergi Klinik ID, bg surat rujukan dan IC kat Nurse bertugas. Kemudian diarahkan ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar. Ya, akhirnya aku berjaya melapor diri di HSB. Kembali ke klinik dan menunggu giliran. Angka giliran aku yang pertama sebagai PLHIV adalah 4014. Tunggu sebentar kemudia nombor di panggil masuk dalam bilik ambil darah. 

Pertama kali tengok staf tu ambil darah tak gunakan picagari macam selalu yang aku ambil darah kat lab. Jakun giler... Lepas ambil darah, tunggu giliran untuk sesi kaunseling. Uncle ajak pergi sarapan dulu. Tak makan apa-apa, cuma minum air saja. Selesai kembali ke klinik. Tengok nombor giliran yang tertera 4013, wah lagi satu giliran aku.

Tak lama kemudian 4014 dipanggil. Kali pertama aku tak perasan sebab sembang dengan uncle. Kali kedua baru perasan. Masuk bilik kaunseling.

*******

Sesi kaunseling pun berakhir. Boleh balik.......




23 comments:

  1. suka baca n3 ni. ianya umpama journal peribadi. mmg plhiv disarankan buat begini dan jika di blog, lagi bagus. saya pun begitu. kongsi sahaja pengalaman, result ujian cd4, viral load, rawatan dsbnya. kalau tak mau kat sini, am boleh catat dlm sebuah buku khas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih uncle AHP sebab like n3 nie
      insyaAllah saya akan kongsikan apa2 yang saya boleh kongsi kepada semua.
      yang P&C saya x dapat nak kongsikan ya.

      Delete
  2. best baca, macam tengok tv, teruskan menulis lagipun guna bahasa sendiri tu sangat best... saya suka perkataan jakun! haha.

    Saya masa pergi kursus belajar macam mana nak ambik darah pun jakun juga bila tengok diorang guna apa tah namanya rama2 kot untuk ambik darah haha.. hahaha sama lah kita jakun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih akak AO
      like perkataan jakun eh...
      hehehe...
      walaupun jakun tak tgk lama2 menda tu coz takut mabuk darah
      heheheh

      Delete
  3. aha. kami yang tak penah tengok ni lagi jakun. kalau bukan macam rupa picagari, macam mana rupanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe
      lupalak nak amik gambar masa dia ambik darah tu
      kalau tak leh share kat cnie kan

      rupadia lebih kurang camnie
      dia tetap ada jarum macam picagari
      jarum nie dia sambung kat tube
      tube nie panjang dalam satu kaki setengah kot
      tube nie macam tube biasa yang org sakit tambah cecair tu
      tube nie ada kepala sambung ke botol sample darah
      jadi bila tube disambung ke botol darah, darah automatik keluar dan masuk dalam botol sample

      Delete
    2. namanya venipuncture yang tuh mudah dan meminimunkan kesakitan pesakit, xyah cucuk banyak kali cukup cucuk sekali dan boleh isi banyak dalam bekas tuh..

      Delete
    3. owh...
      baru tahu nama nya
      thanks akak AO

      Delete
    4. Silap info, venipuncture adalah teknik bukan alat.. alat tu di sebut sebagai vacutainer holder.

      Ada buat info pasal ambik darah, boleh rujuk ni http://cubaboleh.blogspot.com/2012/04/ambil-darah.html

      :)sama2 no hal sikit2 ilmu kita kongsi sama2

      Delete
    5. terima kasih atas perkongsian. yang namanya venipuncture tu, botol sample darah tu lah ye?

      Delete
  4. Bersemangatnya nak jumpa doktor ya....Saya dulu kalu boleh nak lari dari jumpa doktor dan hospital. Bagus lah kalau ada semangat macam tu. Mudah-mudahan ramai lagi mereka yang baru disahkan ada virus ini akan punya semangat macam awak ni ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, akan terus bersemangat mendapatkan rawatan
      InsyaAllah, ramai lagi PLHIV tak kira baru lama akan terus bersemangat tinggi untuk mendapatkan rawatan
      terima kasih uncle Naj Mi.
      hehehe :)

      Delete
  5. Ermm...Alhamdulilah, indahnya perjalanan yang Allah aturkan...

    ReplyDelete
  6. Salam , hmm tengok pada blog awak ni saya dapat rasa awak memang seorang yang cekal dan selamba, bagus teruskan mendapat rawatan dan terus bersemangat untuk berjuang ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      InsyaAllah saya akan terus cekal menghadapi hari2 mendatang
      Terima kasih bg semangat kat saya
      Sama2 kita berjuang

      Delete
  7. InsyaAllah, selagi hayat dikandung badan Uncle akan bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah
      terima kasih uncle
      sob... sob... sob...

      Delete
  8. Lupa nk share bukan jakun tapi muka nebes Am memang lucu..

    ReplyDelete
  9. lama tak update bro..

    hagemarusan

    ReplyDelete