PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Monday, October 01, 2012

0.5 TAHUN


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur aku kehadrat Illahi kerana masih lagi bernafas di atas muka bumi milikMu Ya Allah,


Antara sedar dan tidak telah 7 bulan aku mengetahui bahawa diri aku adalah seorang HIV positif. Tanggal 1 Mac 2012 merupakan hari bersejarah aku kerana pada malam tersebut aku telah mengetahui bahawa diri aku kini mempunyai virus terkenal iaitu virus HIV. Ku imbas kembali sejarah pada malam tersebut sehingga ianya menjadi sejarah baru hidup ku.


Aku telah membeli  2 set ujian HIV melalui internet dan aku terimanya pada pagi 1 Mac 2012. Pada malam tersebut aku beranikan diri untuk membuat ujian saringan HIV sendirian di rumah aku. Set pertama aku gagal mendapatkan keputusan ujian kerana kesilapan aku dalam melakukan prosedur ujian saringan tersebut. Maka aku ambil pula set ke-2 dan aku mulakan prosuder ujian aku dengan berhati2 dan teliti. Selang beberapa minit keputusan ujian saringan menunjukkan bahawa aku positif.


Sedikit terkejut dan ada sedikit penafian dalam diriku pada ketika itu. Macam-macam perkara bermain dipikiran tetapi aku tidak cepat melatah. Aku mengambil keputusan untuk membuat ujian darah di sebuah klinik swasta untuk aku mendapatkan keputusan secara klinikal. Ujian Elisa.


15 Mac 2012, keputusan ujian darah aku perolehi dari doktor di klinik tersebut. Ya! Aku disahkan sebagai HIV positif. Aku mengambil keputusan untuk membuat ujian susulan iaitu ujian Western Immunoblot pada hari tersebut. Aku amat mengharapkan keputusan ujian ini keluar pada tarikh lahir aku, namun keputusan tiba lewat sehari. Keputusan keluar pada 1 April dan aku mengambilnya pada 2 April. Keputusannya aku memang positif HIV 1


Aku memilih untuk merujuk kes aku ke Hospital Sungai Buloh. Kini 6 bulan berlalu, aku akan memulakan rawatan HAART aku berkemungkinan besar pada 4 Oktober 2012.

6 comments:

  1. Semoga saudara tabah dengan ujian Allah. Allah timpakan ujian kepada hambanya kerana Allah hendak mengangkat martabat hamba tersebut. Berbahagialah mereka yang apabila diuji oleh Allah dan mereka bersabar dengannya. Jangan kita lupa kisah Nabi Ayob SAW yang menderita sakit selama berpuluh-puluh tahun. Baginda bergitu sabar dalam menghadapi ujian yang Allah berikan. Setiap penyakit ada ubatnya. Insya allah, tidak lama lagi saintis akan menemui vaksin bagi membunuh virus HIV.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saudara/i anonymous
      Terima kasih diatas kata2 semangat n peringatan.

      Delete
    2. Scrrips Research Institute di Amerika Syarikat dalam peringkat ujian klinikal Fasa 2 dalam menghasilkan 'cure' kepada virus HIV. Insyalah dalam tempoh 2/3 tahun akan ada ubat untuk membunuh virus HIV. Sama2lah kita berdoa kepada Allah SWT semoga usaha ini berjaya.

      Delete
    3. InsyaAllah akan terhasil dan berhasil kajian untuk vaksin HIV.
      terima kasih atas info.

      Delete
  2. dari blog motivation, blog hopping ke AHP, dan ke beberapa blog lain yg sewaktu dengannya termasuk blog ini. Pada hemat saya, tuan2 semua sememangnya para pejuang. Sesungguhnya Hidayah itu kerja Allah. Diberi kepada sesiapa yg dikehendakiNya. Saya doakan kalian semua diberi ketabahan dan kesabaran, dipermudahkan segala urusan di dunia dan berkekalan mendapat taufik dan hidayah dariNya.

    ReplyDelete