PENAFIAN

SAYA MERUPAKAN SEORANG PLHIV
SAYA BUKANNYA SEORANG KAUNSELOR TERLATIH ATAU DOKTOR PAKAR DALAM BIDANG ID
JAWAPAN DAN KOMEN SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN, INGATAN SAYA
SEKIRANYA TERDAPAT KESILAPAN, MOHON DIPERBETULKAN.

Thursday, September 20, 2012

Kemunculan Semula


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam kemunculan semula setelah lebih kurang 4 bulan saya tak update blog saya nie.
Alhamdulillah. Syukur masih diberikan kesempatan untuk mencoretkan sedikit pengalaman saya.

Alhamdulillah, telah lebih kurang 6 bulan saya mengetahui bahawa saya seorang PLHIV. Sepanjang 6 bulan nie, tak ada masalah kesihatan yang serius yang saya alami. Hanya demam sedikit, batuk sedikit dan sedikit keletihan.

Oh ya, 15 Ogos 2012 yang lalu, saya telah pergi ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk temujanji ambil darah. Awal saya sampai HSB pagi tersebut. lebih kurang pukul 7.00 pagi sudah berada di HSB. Setelah menunggu 30 minit saya mendaftar di klinik ID. Dalam pukul 9 tiba giliran saya ambil darah. Kali kedua ambil darah dah tak jakun dengan alat yang digunakan untuk ambil darah.

Sebulan menunggu, tibalah hari yang dinanti-nantikan iaitu temujanji bersama doktor untuk review hasil ujian darah. 19/9/2012, saya pergi ke HSB semula. Tiba pada pukul 10 pagi. Seperti biasa, masalah tempat meletak kereta di HSB untuk pelawat terpaksa saya alami pada hari ini. Menunggu sesuatu yang menyebalkan bagiku, saat ku menunggu kehadiran diri mu oh tempat parking. hehehe. Lebih kurang 20 minit menunggu dapat parking kereta.

Usai meletak kereta, masa untuk makan. Apa lagi ke food court le kite. Sampai food court pusing-pusing xda yang berkenan. Pergi pula ke kedai depan food court beli air mineral n roti 2. Makan la roti dan minum air mineral.

Pukul 11 pagi daftar masuk kat kaunter utama dan masuk daftar di klinik ID. Dapat lucky number 3007.
Tak lama kemudian. number naik masuk bilik 10. Masa untuk timbang berat badan dan ujian tekanan darah.
Hari nie berat 70kg termasuk berat baju, seluar, hp, wallet, kasut semua. hehehe...

Seperti biasa kene tunggu lagi sampai la pukul 2.45pm baru num naik lagi untuk jumpa doktor. Alhamdulillah. Jumpa gak doktor. Doktor jelaskan yang bacaan CD4 telah menurun dari 419 ke 292. Pergh.... membiak dengan sihat virus dalam darah saya nie. hehehe... (Apa unit bg bacaan CD4 ya???)

Doktor sarankan saya untuk ambil ubat HAART segera kerana CD4 saya sudah berada bawah 350. Ya, saya memang menjangkakan yang saya akan memulakan rawatan HAART pada kali ini. Doktor cadangkan saya ambil kombinasi Tenvir EM dengan Stocrin yang diambil sekali sehari. Ya, doktor ini memahami kehendak saya kerana sebelum berjumpa saya ada pikir yang saya inginkan kombinasi ini. Kerana apa? Saya rasa saya boleh menerima kombinasi ini. InsyaAllah.

Saya meminta tempoh 2 minggu untuk saya membuat persediaan. Doktor bersetuju dan memberikan tarikh lawatan pada 4 Oktober 2012 untuk berbincang dengan kaunselor. Sekiranya tiada aral melintang saya akan memulakan rawatan HAART saya pada tarikh tersebut.

InsyaAllah...

4 comments: