Salam pertemuan kembali kepada pembaca-pembaca blog Sinar Pelangi Senja. Maaf sekiranya aku tidak membuat entri terbaru dalam tempoh hampir sebulan. Kekangan masa dan kesibukan terhadap tugas harian membataskan masa untuk beronline.
Sepanjang aku tak membuat entri terbaru dalam sebulan ni, ada macam-macam perkara yang terjadi dan aku buat. Ada beberapa perkara InsyaAllah aku kongsikan dalam entri pada kali ini.
Ada diantara kita yang mengetahui bahawa hidup sebagai PLHIV ini, hidup kita akan dipantau oleh seorang Inspector Kesihatan di daerah di mana kita tinggal. Ada yang dihubungi oleh beliau dan ada yang tidak dihubungi. Beberapa minggu yang lalu, seorang IK ini telah menghubungi aku. Beliau dari daerah kampung aku. Selang dua hari kemudian seorang IK dari kawasan Cheras pula menghubungi aku. IK yang dari Cheras ini agak mengembirakan aku kerana sepanjang perbualan kami di telepon kami asik tergelak sahaja. Beliau juga ada memberikan kata-kata semangat dan nasihat.
Baru-baru ini, di PWTC berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa dan buat pertama kalinya dalam sejarah aku menjejakkan kaki mengunjungi pesta buku ini. Rasa seperti Rusa masuk kampung pula bila memasuki ruang-ruang pameran di PWTC.
Pada Isnin lalu pula, aku pergi ke Hospital Sg. Buloh untuk bertemu doktor dan mengambil keputusan ujian CD4 aku yang pertama. Alhamdulillah, CD4 aku yang pertama sebanyak 419. Doktor memberi cadangan untuk aku menjalani ujian saringan Tibi. Aku bersetuju. Aku perlu menjalani X-ray dan ujian Mantoux untuk saringan Tibi ini. Alhamdulillah, aku bebas dari Tibi.
Temujanji berikutnya pula pada bulan Ogos, 15 haribulan iaitu lebih kurang 4 hari sebelum Hari Raya Idulfitri untuk mengambil sampel darah. Kemudian temujanji kedua berjumpa doktor pada 19 September untuk mengetahui keputusan ujian darah.
Alhamdulilah
ReplyDeleteAlhamdulillah, thanks akak
Deleteyg penting kita mesti sentiasa cuba berkongsi perasaan dan sokongan.
ReplyDeletesedikit perkongsian mungkin sgt besar maknanya kepada yang memerlukan. disitulah letaknya nilai mahabbah dan dakwah
Alhamdulillah, thanks uncle
Deletemana yang kurang betul uncle tegurla saya
kuatkan semangat anda sahabat!!!
ReplyDeleteinsyaAllah
Deleteterima kasih sahabat
bolehkah tahu mcm mane boleh tergerak hati utk melakukan semua test2 ni. adakah terdapat simptom2 kpd diri sedare yg mewajarkn utk buat test yg awal. dan lagi, adakah sedare mengenalpasti puncanya sedare mendapat virus ini, adakah dr seseorg yg dikenali ataupun kebarangkalian yg lain. saya sekadar ingin mengetahui memandangkan saya pernah terjebak negative xtvt jan - april tahun ni 2012. takut...tersangat takut..
ReplyDeletesaudara boleh email pertanyaan kepada saya di akupositif83@gmail.com
DeleteSalam kenal. Alhamdulillah, insyaALLAH bacaan CD4 anada akan meningkat dgn penjagaan kesihatan dan rehat yang cukup. Akak harap kita boleh bersahabat dan sharing information. Akak doakan Anda positif dan yakin dgn kuasa Allah kerana setiap penyakit mesti ada ubatnya..
ReplyDeletesalam kenal juga kepada Mak Wardah
DeleteInsyaAllah akak.
terima kasih kerana memberi sokongan dan dorongan